728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Harga yang akan menentukan hala tuju Euro

Harga yang akan menentukan hala tuju Euro

Daripada semalam kita boleh lihat EUR/USD sekarang berada di sekitar 1.10. Daripada chart kita dapat lihat berlakunya beberapa rejection di sekitar harga tersebut.

Penjelasan yang terbaik buat masa ini adalah kerana traders sedang menunggu keputusan hasil mesyuarat European Central Bank (ECB) pada khamis ini.

Ramai masih berbelah bahagi akan kesan keputusan ECB terhadap EUR/USD.

EUR/USD Daily

EUR/USD Daily

Jika anda lihat, pergerakan yang perlahan ke arah harga 1.10 menunjukkan ada spekulator membuat short terhadap euro. Selain dari itu, ECB baru sahaja membuat kelonggaran pada bulan Mac dan memulakan program Targeted LTRO pada 22 Jun baru-baru ini. Sepanjang tempoh ini, mereka asyik memerlukan lebih masa untuk mengkaji impak secara menyeluruh stimulus ini dan kemungkinan pendapat ini akan berkekalan pada bulan Julai juga.

Sekiranya Brexit memberi kesan yang mendalam kepada euro, ECB sepatutnya telah lama bertindak. Sebaliknya, German Dax sudah hampir dapat pulih dari kerugian akibat keputusan Brexit baru-baru ini dan VIX yang mengukur ketidaktentuan dalam saham menunjukkan keputusan terendah sejak 2014.

Kelemahan dalam euro sebenarnya memberikan stimulus automatik kepada ekonomi dan disebabkan itulah ECB masih mampu untuk berada dalam situasi tunggu dan lihat.

Buat masa ini, ramalan lebih kepada short squeeze (short sebentar?) dalam EUR/USD selepas keputusan ECB nanti tetapi untuk outlook jangka masa panjang masih lagi bergantung kepada berapa kuat mesej yang dikeluarkan oleh ECB nanti.

Sebarang kenyataan dari Draghi (Presiden ECB) akan berkait rapat dengan ECB dan juga Bank of Japan (BoJ). Jika short, EUR/GBP dan EUR/Jpy mungkin dapat mengakhiri dengan harga yang lebih tinggi. Jika sebarang kelonggaran dimaklumkan pada khamis ini, EUR/USD mungkin akan ke 1.09 dan pada masa yang sama menjatuhkan semua euro cross juga.

Adakah harga 1.10, yang dilihat sebagai support yang kuat akan berlakunya breakout atau rejection malam ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Mario Draghi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register