728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Hari yang Lebih Tenang Buat Dollar Setelah Pengumuman Positif Data Perumahan dan Pengangguran

Hari yang Lebih Tenang Buat Dollar Setelah Pengumuman Positif Data Perumahan dan Pengangguran

Dolar tidak banyak berubah berbanding Euro dan Yen dalam sesi dagangan Eropah. Hal ini terjadi apabila jangkaan terhadap langkah-langkah pengurangan dasar oleh ECB dan spekulasi mengenai langkah ransangan radikal Bank of Japan ternyata meleset.

EUR/USD kekal stabil pada 1.1033 selepas ECB mengekalkan interest rate ke tahap tidak berubah pada rekod terendah iaitu 0.0% pada Khamis.

Dalam sesi dagangan yang sama, USD/JPY telah sedikit berubah kepada 105.87 setelah mencatat nilai 107.48, paling tinggi dalam tempoh 7 minggu.

telegram-moshed

Yen mengukuh selepas Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda dalam satu temubual BBC menafikan spekulasi dalam menyediakan “wang helikopter” sebagai langkah ransangan ekonomi. Secara dasarnya, langkah ini boleh dilaksanakan dengan cara menyuntik wang ke dalam ekonomi secara mencetak wang.

BBC kemudiannya berkata, sesi temubual bersama Kuroda pada pertengahan Jun itu telah menyebabkan penurunan Yen.

Sementara itu, dollar terus stabil sejajar dengan data positif yang dikeluarkan Amerika Syarikat seterusnya meransang keyakinan terhadap kekuatan ekonomi.

Selain itu, data juga menunjukkan bahawa jualan rumah sedia ada AS meningkat diluar jangkaan sebanyak 1.1% pada bulan Jun. dalam laporan berasingan pula, data pengagguran turut jatuh tanpa disangka-sangka minggu lalu.

US Dollar Index dilapor stabil pada 96.92, tidak jauh dari paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan yang dicatat pada hari Rabu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register