728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Artikel Umum

Hartanah Ini Bakal Buat Anda Tercengang!

Hartanah Ini Bakal Buat Anda Tercengang!

Palais Bulles atau dikenali sebagai istana buih yang terletak di Cannes, Perancis ini merupakan kediaman termahal di Eropah.

Istana Buih yang disenaraikan oleh Christie’s International Real Estate pada laman webnya mempunyai seni arkitek yang futuristik seperti kelompok buih.

Kediaman ini sebelum ini dimiliki oleh seorang pereka fesyen terkenal iaitu Pierre Cardin dengan 10 bilik tidur dan ruang tamu yang membulat lengkap dengan taman, tasik dan juga kolam renang.

telegram-moshed
Buih 2

Istana Buih

Kediaman ini direka oleh seorang arkitek Hungary, Antti Lovag yang dibina dalam tempoh 1975 – 1989 dan dipanggil Instana Buih kerana rupanya yang kelihatan seperti perkambungan yang berbentuk buih.

Ruang tamunya dihiasi dengan tema angkasa dan setiap perabot seperti sofa yang ada semuanya berbentuk bulatan.

Buih 3

Ruang Tamu

Salah satu bilik mewah yang direka dalamnya oleh artis kontemporari mempunyai pemandangan laut, iaitu Laut Mediterranean dan pantai Cannes.

Tema yang digunakan untuk bilik ini juga adalah bulat termasuk katil dan tingkap.

Buih 4

Bilik Tidur

Manakala bilik airnya pula adalah seperti spa dan sink serta tab mandi juga berbentuk bulat-bulat.

Buih 5

Bilik Mandi & Tandas

Di luar rumah pula, taman kediaman ini adalah seluas 91,000 kaki persegi termasuk kolam renang dan tasik.

Buih 1

Kolam Renang

Pelengkap kepada kediaman mewah ini adalah ia mempunyai auditoriumnya sendiri yang memuatkan 500 orang untuk sebarang aktiviti dan konsert yang terletak bertentangan dengan laut.

Buih 6

Auditorium

Harga hartanah ini adalah $455 juta atau RM1822,115,750.00.

Nak ubah hidup? Baca artikel ni sekarang!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register