728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Artikel ini tidak ada tajuk kerana konten kena dibaca seikhlas hati ?

Artikel ini tidak ada tajuk kerana konten kena dibaca seikhlas hati ?

Perjalanan masa dan hidup kita hari ini dilihat semakin laju dan laju. Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk minggu kedua dalam bulan Julai.

Akan ada satu hari dalam satu tahun, kita akan menghitung berapa lama dah kita berada di dunia fana ini.

Hari tersebut adalah hari kelahiran kita. Tidak kira umur berapa, kita tahu, hari jadi kita adalah yang paling kita ingat tarikhnya.

telegram-moshed

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Moshed Mohamad, pengasas kepada laman web MoshedFX.com.

Sama-sama kita ucapkan dan doakan yang baik-baik kepada salah seorang penyumbang informasi kepada dunia Forex Malaysia dan Bahasa Melayu ini.

Pernah saya berborak dengan Tuan Moshed mengenai halatuju MoshedFX.com dan apa yang saya dapat rumuskan adalah halatuju yang diceritakan Tuan Moshed adalah berbentuk pure content.

Konten yang disediakan oleh MoshedFX.com ini adalah untuk membantu para trader mahupun yang masih baru atau yang sudah lama dalam mengenali dunia forex, ekonomi dunia serta membuka mata kepada hakikat penglibatan dalam industri ini.

Penulisan berita ekonomi dan isu semasa dicedok straight daripada laman web yang terkenal seperti Bloomberg, CNN dan lain-lain menjadi tunjang kepada Tim kami bagi memastikan maklumat konten adalah yang betul dan terbaik.

Analisa yang ditulis juga merupakan analisa daripada penganalisa pakar daripada luar negara.

Penulisan belajar Forex adalah daripada pengalaman Tuan Moshed yang terlibat dalam bidang ini hampir 10 tahun. Pengetahuan mengenai broker oleh Tuan Moshed juga antara yang saya rasa sangat mahal.

Penulisan mengenai skim ponzi antara yang disentuh oleh Tuan Moshed, menceritakan tentang ketidaksenangannya dengan scammer yang membaham duit dan mereka yang kehilangan duit, dan Forex merupakan salah satu instrumen yang telah dicemari dengan scammer-scammer ini.

Dan tak kurang juga kata Tuan Moshed, sokongan pembaca yang sangat positif serta kritik dan komen yang membina telah memberi kekuatan kepada Tim MoshedFX.com dan kepada Tuan Moshed sendiri.

Laman web ini dibina dengan begitu kemas dan teliti oleh Tuan Moshed, khas untuk pembaca semua dan informasi yang dicari juga daripada sumber yang menjadi rujukan semua pelabur dan trader dunia.

Dan kami sendiri, Tim MoshedFX belajar banyak sangat benda baru daripada Tuan Moshed sendiri.

Jadi, sama-sama kita ucapkan terima kasih atas usahanya dan selamat hari jadi kepada Tuan Moshed Mohamad.

HB

Selamat hari jadi Tuan Moshed daripada Tim MoshedFX

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register