Share This Post

Artikel Umum

Hillary Clinton Ambil Keputusan Untuk Menghadiri Upacara Perlantikan Seteru Kuatnya, Donald Trump 20 Januari Ini

Hillary Clinton Ambil Keputusan Untuk Menghadiri Upacara Perlantikan Seteru Kuatnya, Donald Trump 20 Januari Ini

Bill dan Hillary Clinton akhirnya mengambil keputusan untuk menghadiri Majlis Perlantikan Donald Trump secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini.

Clinton mengambil keputusan tersebut sebaik sahaja Presiden George W. Bush berkata kelmarin bahawa dia akan hadir bersama-sama isterinya, Laura Bush.

Bush berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau gembira untuk hadir bagi menyaksikan pemindahan kuasa secara aman dan menyifatkan majlis itu merupakan simbol kepada keunikan demokrasi di Amerika.

Ia adalah perkara biasa sekiranya bekas presiden hadir upacara berkenaan bersama-sama dengan isteri mereka. Namun ia agak janggal buat Clinton kerana Trump merupakan seteru utamanya ketika merebut jawatan Presiden AS pada November yang lalu.

Upacara perlantikan Trump itu turut akan dihadiri oleh bekas Presiden Jimmy Carter dan isterinya Rosalynn.

Menurut Rekod, Britain Merupakan Negara Yang Menerima Bayaran Paling Sedikit Berbanding 28 Lagi Anggota EU

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal