Huawei Kini Gergasi Kedua Berjaya Kalahkan Apple Di Tangga Ketiga

0 923

Dominasi Samsung dan Apple dalam industri telefon pintar semakin tercabar oleh syarikat-syarikat telefon pintar dari China dengan tawaran harga yang lebih murah dan juga kualiti yang lebih kurang sama.

Gergasi teknologi Apple dan Samsung selama ini adalah pemegang $500 billion saham pasaran dan kini Huawei muncul sebagai pembuat telefon pintar kedua terbesar menolak Aplle ke tangga ketiga. Kini Huawei dijangka cuba mendapatkan tempat pertama yang dipegang Samsung.

Syarikat yang berpangkalan di selatan China ini telah banyak melabur dalam meningkatkan keupayaan kamera mereka dalam cubaan untuk mendominasi pasaran. Model flagship P20 Pro yang datang bersama tiga kamera-lens antaranya menggunakan kejuruteraan Jerman Leica yang berusia 104 tahun. Huawei juga menawarkan permukaan handset berkilau dengan efek pelangi yang dipanggil sebagai Twilight sekaligus membezakan produk mereka daripada sebahagian besar telefon pintar yang ada di pasaran.

 

Seperti kebanyakan peranti dari China, P20 juga lebih murah dan hanya dijual pada harga serendah RM1,950 di Malaysia berbanding iPhone X dan Samsung Galaxy 9 yang rata-rata dijual melebihi RM3,000. Huawei berjaya mengalahkan Apple dari segi pendapatan walaupun terdapat halangan untuknya memasuki pasaran Amerika. Huawei dilaporkan berhasrat untuk naik ke tangga pertama mengalahkan Samsung dalam jangka masa terdekat.

 

Pegangan Saham Pasaran Samsung Merosot, Huawei Meningkat

Jualan Huawei meningkat 41 peratus pada suku kedua 2018 di mana penghantaran peranti mencecah 54 juta pada tempoh tersebut. Ia banyak disumbangkan oleh prestasi yang begitu kukuh dalam jualan model flagship P20 dan P20 Pro yang melebihi jualan P10 dan P9.

 

Pemegang saham pasaran terbesar Samsung dengan 20.9 peratus pula menjual sebanyak 71.5 juta peranti pada tempoh sama, tetapi merosot sebanyak 10.4 peratus daripada tahun sebelum.

 

Adakah Huawei bakal menjadi Gergasi baharu dalam industri teknologi global? Sama-sama kita tunggu dalam beberapa laporan pendapatan suku-tahunan akan datang.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa