728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Hujung Minggu Bagi Forex Trader

Hujung Minggu Bagi Forex Trader

Hujung minggu rata-rata kehidupan bagi forex trader adalah berehat, tenangkan diri setelah 5 hari bertarung dengan market. Agak ganas juga ya career atau kerjaya as forex trader jika dikatakan ‘bertarung’ dengan market. Tak adalah seteruk tu. Tapi kebiasaanya pada Isnin sampai Jumaat, apabila market buka ramai yang mula fokus dengan forex chart, menatap hingga juling mata, atau mungkin juga bercakap sorang-sorang depan chart, jadi hujung minggu masanya adalah untuk bersantai bersama family atau jalan-jalan hirup udara segar. Kebanyakan trader forex di Malaysia ni hanya trade dari rumah sahaja, jadi dari terperap di rumah tu, hujung-hujung minggu ni rasa juga nak tenangkan diri dengan berjalan-jalan.

Bagi saya pula, hujung minggu dan hari trading tidaklah jauh bezanya kerana trading style system saya tidak lah perlu menatap forex chart hingga juling mata, lebih banyak kepada analisis dan set and forget. Jika ada masa memerlukan cara scalping (teknik trade secara kerap dan ambil pip sikit-sikit), saya akan fokus dan tidak keluar kerumah. Apa-apa pun bila dah lama trade anda akan dapat cari satu sistem yang sesuai untuk anda trading, samada swing, day trader atau scalper.

Hujung minggu ini, saya tak keluar ke mana-mana sangat, semenjak dah habis dah movie-movie best di pawagam yang dah tengok, jadi jika tak keluar ke mana, saya akan kaji balik trading plan saya untuk trading hari Isnin nanti dan lakukan penambah baikkan atas teknik dan tambah ilmu-ilmu lain tentang forex. Forex ni nampak macam senang, tapi ilmunya luas melibatkan kajian politik sesebuah negara, kesan ke atas matawang, dan juga dasar-dasar kerajaan juga banyak memberi kesan ke atas kekuatan atau kelemahan matawang tersebut. Ramai kata sudah cukup trading forex dengan teknikal analisis, bagi saya itu tak berapa tepat kerana fundamental analisis juga penting untuk ketahui sentiment-sentiment asing yang pengaruhi pergerakan market.

Bloomberg TV dari Astro amat sesuai untuk anda menambahkan ilmu-ilmu ekonomi yang banyak boleh diguna pakai semasa merangka trading plan anda setiap hari. Apa-apa pun selamat beristirehat dan berhujung minggu buat semua !

Dapatkan update aktiviti forex trading saya di Facebook ini dan juga di Telegram.

Nak teknik ajaib? Baca di sini!

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register