Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Hutang Dunia Mencecah Rekod $152 Trillion! : IMF

Hutang Dunia Mencecah Rekod $152 Trillion! : IMF

Dalam laporan IMF yang dilaporkan pada Rabu, dunia hari ini sedang bergerak menuju rekod $152 trillion hutang. Pun begitu, sesetengah negara ‘digalakkan’ untuk menambah angka ini sesuai dengan kemampuan mereka jika perbelanjaan tersebut akan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Hutang global, awam dan swasta pada tahun lepas dikatakan meningkat 225 peratus daripada keluaran ekonomi global, dan melonjak sehingga 200 peratus berbanding 2002.

Kata IMF lagi, kira-kira dua pertiga daripada jumlah hutang pada tahun 2015 atau lebih $100 billion dipinjam oleh sektor swasta.

telegram-moshed
Sumber carta : The Telegraph

Sumber carta : The Telegraph

Peningkatan pesat dalam hutang ini juga sering dikaitkan dengan krisis kewangan.

Bagi Pengarah Hal Ehwal Fiskal IMF, Vitor Gaspar, hutang yang berlebihan merupakan satu ancaman kepada pemulihan global dan kestabilan kewangan.

IMF juga dikatakan bimbang bahawa gelombang politik di Amerika Syarikat dan Eropah boleh menganggu perdagangan antarabangsa dan pelaburan, sekli gus menghantar dunia ke dalam trend ekonomi yang menjunam.

Kebimbangan itu disuarakan oleh IMF selepas memotong unjuran pertumbuhan untuk bebrapa negara di seluruh dunia.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register