Share This Post

Artikel Umum / Berita Lokal

Hutang Negara RM 648.475 Billion! Apakah Puncanya, Adakah Negara Akan Muflis? Baca Di Sini!

Hutang Negara RM 648.475 Billion! Apakah Puncanya, Adakah Negara Akan Muflis? Baca Di Sini!

Hutang negara merupakan topik yang hangat setiap kali bajet dibentangkan atau laporan audit ramsi dikeluarkan. Namun kefahaman hutang negara yang kurang menyebabkan ada dikalangan kita mengatakan hutang negara membebankan, ada juga yang mengatakan hutang negara adalah mampan dan sihat.

Secara ringkas, hutang negara merujuk kepada hutang awam (public debt), tidak termasuk hutang isi rumah (household debt) dan hutang sektor swasta (private debt).

# Bagaimana negara berhutang?

Negara akan berhutang dengan menerbitkan bon kerajaan kepada awam seperti rakyat, bank, KWSP dan KWAP.

# Apa itu BON Kerajaan?

Bon merupakan pelaburan hutang yang mana pelabur meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada sesebuah syarikat atau negara untuk suatu jangka masa yang tertentu, pada kadar faedah yang tertentu.

Pemilik bon kerajaan akan dibayar dengan faedah secara berkala, kemudian jumlah pokok akan dikembalikan selepas pelaburan mencapai tempoh matang.

Antara penerbit utama bon kerajaan adalah Bank Negara Malaysia dan institusi separa kerajaan (Khazanah Nasional Berhad, Danamodal dan Danaharta)

# Pinjaman dalam negeri/luar negeri

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016

Hutang awam atau bon ini kebanyakannya diterbitkan oleh kerajaan didalam negeri bermakna hutang awam dipegang oleh pelabur didalam negera.

Kerajaan juga meminjam wang daripada luar negara dengan menawarkan bon kepada peminjam/pelabur luar dengan had maximum sebanyak RM 30 billion. Hutang ini dipanggil sebagai hutang luar (external debt).

Tahun lepas negara berjaya menerima hasil daripada penerbitan bon berjumlah RM 99.859 billion.

# Defisit bukan hutang

Perbelanjaan negara terbahagi kepada dua kategori iaitu perbelanjaan mengurus (operating expenditure) dan perbelanjaan pembangunan (development expenditure).

Setiap tahun, Menteri Kewangan akan membentang belanjawan/bajet tahunan untuk menjelaskan hasil kutipan kerajaan dan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan. Berdasarkan hasil dan perbelanjaan, 3 rumus boleh dikeluarkan:

1) Bajet lebihan – Hasil melebihi perbelanjaan
2) Bajet defisit – Perbelanjaan melebihi hasil
3) Bajet seimbang – Hasil sama dengan perbelanjaan

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016

Jika anda melihat defisit pada laporan audit tahunan, ia tidak termasuk dalam kiraan hutang negara. Defisit adalah kekurangan dana atau lebihan perbelanjaan daripada bajet yang telah diperuntukkan.

Namun begitu, wang yang diterima hasil penawaran bon kerajaan akan digunakan untuk menampung defisit dan juga membayar balik hutang (rujuk Terimaan dan Bayaran Balik Pinjaman pada carta 2.3 di atas). Bagaimana hasil pinjaman membayar hutang pinjaman?? Kita akan bincang pada artikel yang lain.

# Jumlah Hutang Negara 2016

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016

Berdasarkan laporan ketua audit negara (LKAN), jumlah hutang awam bagi tahun 2016 bersamaan RM 648.475 billion meningkat RM 17.935 berbanding tahun sebelumnya.

Nisbah hutang negara kini bersamaan 52.75% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang berjumlah RM 1.229 trillion.

Jadi secara ringkasnya hutang negara meningkat disebabkan oleh penerbitan bon yang berterusan bagi membayar defisit perbelanjaan dan hutang negara. Jepun sebuah negara yang terkenal dengan kepesatan teknologi dan antara matawang dagangan yang utama. Selain itu mereka juga terkenal dengan mempunyai lebihan akaun semasa yang tinggi serta paras KDNK ketiga tertinggi di dunia, namun nisbah hutang mereka dengan KDNK (GDP) mencapai 250.4%.

# Kesimpulan

Jadi adakah peningkatan hutang boleh mengakibatkan negara muflis? Jawapannya tidak jika hutang yang tinggi kearah pembangunan ekonomi yang pesat. Oleh itu, pengurusan hutang dan perbelanjaan yang telus merupakan kunci kepada perkembangan ekonomi yang positif.

Senarai Hutang Negeri Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016

Share This Post