IGTV – Ini Peluang Besar Buat Anda Bangunkan Jenama Perniagaan Dan Diri Sendiri

0 676

Pada minggu lepas, Instagram membuat satu pengumuman besar iaitu pelancaran IGTV sebuah aplikasi baru yang bertujuan untuk menyajikan konten video dengan jatah waktu sehingga satu jam. Sebelum ini Instagram hanya boleh memuat naik video setakat 1 minit sahaja.

Konsepnya sama dengan Instagram Stories, video yang dimuat naik ke IGTV akan disajikan dalam format layar penuh dan vertikal. IGTV juga dapat dilayan secara percuma sama ada menggunakan iOS mahupun Android dengan hanya log in ke akaun Instagram anda sahaja.

Walaubagaimanapun, bagi pendaftar baru jatah waktu video selama 1 jam tidak akan tersedia sehingga anda mempunyai ramai pengikut. IGTV akan menyarankan konten video berdasarkan akaun yang diikuti oleh pengguna, konten yang sedang popular, saranan algoritma mengenai konten yang diminati pengguna.

IGTV sebenarnya bertujuan kepada creator untuk membangunkan Instagram Channel dan pembina konten juga dapat berkongsi tautan video mereka.

Ini peluang anda di luar sana yang membangunkan brand/jenama perniagaan mahupun diri anda. Pelancaran aplikasi sejak beberapa tahun ini seperti Snapchat, Instagram Stories dll menunjukkan minat pengguna telah migrasi dari melanggan video bersifat horizontal kepada video bersifat vertikal, perubahan cara kita mengguna motion konten telah beralih daripada desktop kepada mobile.

IGTV adalah berita baik untuk pelaburan jenama dengan melabur lebih banyak sumber pemasaran ke IG kerana ia menghadirkan peluang yang sama buat semua orang. Ia menyediakan lebih banyak alat untuk pencipta dan perniagaan untuk meningkatkan naratif mereka melalui video, kemudian menarik lebih ramai pengikut baharu dan mewujudkan ikatan yang lebih mendalam dengan mereka.

IGTV adalah untuk mereka yang bukan sekadar hanya ingin fokus pada video di luar cerita, tetapi sebagai storytelling dan perjalanan jenama. IGTV adalah pusat.

Mengapa? Kerana kandungan video sebenarnya salah satu kunci untuk meningkatkan engagement rate ditambah pula dengan data yang menjangkakan konten bersifat bergerak akan mencapai 78% daripada jumlah trafik mobile pada tahun 2021. Dalam masa yang sama kita dapat lihat trend bahawa semua media sosial kini bergerak ke arah format video. Tidak hairan mengapa Instagram mengambil langkah cepat.

Justeru dengan adanya IGTV anda bukan sahaja dapat mencapai penonton dalam domestik tapi juga bersifat global sehingga ini memberi peluang jenama anda mencapai lebih banyak pelanggan yang berbeza. IGTV adalah 1 jam ia seperti TV shows buat anda, maka rebutlah peluang ini kerana masyarakat akan berterusan meluangkan masa dengan telefon pintar ada ketika ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa