Imbangan Dagangan China Mencatat Lebihan Daripada Jangkaan Pada Bulan Disember

0 288

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, eksport China melonjak naik sebanyak 10.8% dan import naik sebanyak 18.7% bagi tahun 2017 dalam kiraan yuan.

Imbangan dagangan perdagangan China, mencatat lebihan sebanyak 310 billion yuan berbanding jangkaan hanya pada 235 billion yuan pada bulan Disember.

Data perdagangan China  kukuh walaupun dihimpit dengan kesangsian terhadap ekonomi China secara keseluruhan seperti hutang yang tinggi, gelembung hartanah dan pertumbuhan yang perlahan dalam sektor industri.

Namun sebahagian penganalisis khuatir dengan perkembangan perdagangan China berikutan perdagangan China sensitif dengan perkembangan politik. Hal ini disebbakan ekonomi China menunjukkan surplus dalam dagangan berbanding negara dagangan yang lain.

Pada akhir tahun 2017, Presiden Donald Trump juga telah memberi amaran terhadap pengalaman dagangan yang tidak adil menyebabkan jumlah dagangan US mencatat defisit dengan China.

Berdasarkan lapran dari Reuters, pada tahun ini China mensasarkan ekonomi akan berkembang 6.5%.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa