Impak QE Kepada Krisis ‘Emerging Market’ : Malaysia Bakal Dapat Kesan Dua Kali Ganda?

0 1,054

The lagged impact of US Quantitative Easing (QE) / Impact of US Quantitative Tightening (QT)

“Pasal QE lagi. Hang ni suka betul pasal QE kan”

Kata seorang lecturer feveretku semasa membuat master di UKM dulu

Yup. Aku sukakan isu QE. Ianya unconventional. Dan kesannya terlalu besar untuk diabaikan. Malahan sehingga sekarang kesannya masih wujud dan besar. Ianya benda yang terlalu menarik untuk dikaji, dan diramal kesannya, sebagai market economist.

Disebabkan QE lah harga minyak melonjak naik tahun 2009-2013 yang memanfaatkan ekonomi Malaysia.

Sebab QE lah harga emas juga melonjak naik untuk tempoh yang sama sehingga ramai kena tipu dengan skim cepat kaya emas dan tersebar fikrah palsu harga emas sentiasa naik selamanya.

Sebab QE lah banyak harga rumah di Asia dan Emerging Market economies naik mendadak.

Sebab QE lah stock market Malaysia naik terus menerus dari 2009 sehingga 2013.

Sebab QE lah Ringgit naik sehingga sekukuh RM3.00/USD semasa tahun 2010-2013.

Sebab reversal of QE jugalah, semua yang berlaku di atas, mula mengalami reversal.

Yes. Kesan QE tu masih ada.

Ianya ibarat selepas 5 tahun menikmati ekonomi yang senang disebabkan manfaat QE, kita sedang mengalami pula 5-10 tahun yang akan susah disebabkan reversal kepada QE.

Jadi ada apa dengan QE sebenarnya?

 

Quantitative Easing = Mencetak Wang

QE ni bahasa mudah dan tak rasminya printing money. Tapi bukanlah print cetak duit kertas. Tapi dengan mewujudkan angka-angka elektronik baru di dalam dunia financial market.

Idea dia mudah. US tengah mengalami kelembapan ekonomi semasa tahun 2007-2008. Nak kurangkan interest rate (standard monetary policy response) pun dah tak boleh sebab interest rate dah 0% dah masa tu.

Semasa tu masih tak pernah wujud central bank yang melakukan negative interest rate. Negative interest rate tu macam mana?

Kau simpan duit dalam bank, kau kena bayar.

Kau bagi pinjam duit kat orang, kau kena bayar interest.

Kau pinjam duit dengan orang, kau dapat interest.

Dia policy yang ikut logik macam terlalu pelik dan tak logik. Jadi masa tu US Federal Reserve (US central bank) tak berani nak jadikan interest rate sampai negatif.

Maka pilihan mereka? Lakukan QE. Iaitu US Fed beli banyak-banyak bon di pasaran kewangan US. Injecting new created money into the financial market.

Tujuannya? Supaya duit lebihan yang bank-bank ni ada digunakan untuk bagi pinjam dalam bentuk corporate bond, atau bank loan. Sekaligus menaikkan ekonomi US yang tengah krisis ketika itu.

Tapi adakah bank-bank dan investors ni buat macam tu?

Sebahagian besarnya tidak.

Yelah. Apa faedah diorang invest dalam negara yang interest rate dia ciput dan ekonomi tengah krisis.

Jadi diorang invest dalam komoditi i.e. emas, minyak, soybean, dll.

Kenapa? Sebab teorinya bila US Fed print duit banyak, hyperinflasi akan berlaku. Jadi harga-harga komoditi ni patutnya akan melonjak tinggi.

Dan memang ianya melonjak tinggi. Cuma bukanlah sebab hyperinflasi, tetapi sebab banyak duit yang masuk ke dalam commodity market.

 

Kemasukan Pelabur ke Emerging Market

Diorang invest jugak di dalam emerging market economy punya bon.

Kenapa? Heck diorang bagi interest rate tahap 5-10%. Why not? US, Europe, UK tengah 0-1% kot.

Itu menjadikan permintaan untuk bon negara kita naik tinggi. Market interest rate / bond yield kita pun jatuh.

Lepas tu diorang invest jugak di dalam stock market kita. Kenapa? Sebab duit tengah banyak masuk ke negara-negara ni. Of course economy akan boom.

Maka stock market emerging market pun melonjak naik bertahun-tahun. Investment bankers zaman tu bonus semua nak double digit je.

Dan akhirnya, bila duit banyak masuk ke dalam negara-negara emerging market ni.

Currency diorang pun appreciate. Keuntungan invest dalam bon dan stock market tu bukan sekadar dapat interest rate. Tapi dapat jugak dari forex gain. Untuk negara-negara yang bergantung kepada minyak dan komoditi seperti Malaysia lagilah. Segalanya indah.

Harga minyak naik. Kerajaan banyak duit. Stock market naik. Financial market bahagia. Ringgit naik tinggi, barang import menjadi murah. Duit banyak masuk, market interest rate rendah, financing cost jadi murah, nak beli rumah pun mudah, ekonomi pun sihat walafiat.

Jadi sekarang apa berlaku?

 

Bermulanya Fasa Reversal Quantitative Easing

Quantitative Tightening (QT) atau Reversal of Quantitative Easing.

Kalau dulu US Fed print duit. Kali ni diorang ‘padam’ duit tu daripada financial market.

Bermula daripada September 2017, US Fed akan ‘memadam’ duit daripada pasaran kewangan bermula dengan USD10 billion setiap bulan dan akan beransur-ansur dinaikkan sehingga mereka ‘memadam’ USD50 billion setiap bulan bermula pada suku akhir tahun 2018.

Jumlah keseluruhan yang ingin ‘dipadam’? Tak pasti lagi. Tapi ianya boleh jadi dalam lingkungan USD2-3 trillion.

Tapi masalahnya, kebanyakan duit QE tu kat luar US. Dekat emerging market economy.

Maka apa akan jadi?

Outflow lah apa lagi.

Duit akan dibawa keluar dari emerging market economy. Untuk balik kepada US dan developed economy.

Kesannya?

Harga komoditi yang bubble disebabkan QE dah lama pecah.

Stock market yang selama ni naik disebabkan higher liquidity from foreign investors pun mula perlahan.

Harga rumah yang selama ni bergantung kepada cheap financing cost untuk bank mula menjadi stagnant.

Segala bon-bon yang dipegang oleh foreign investors mula dijual beransur-ansur.

Maka emerging market currency pun mengalami portfolio outflow yang serious. Sekaligus memberikan tekanan besar kepada nilai currency mereka.

Year-to-date, berbanding USD

Argentina Peso jatuh 52.2%. Turkish Lira jatuh 43.3%. Brazil Real jatuh 20.4%. South African Rand jatuh 20.6%. Russian Ruble jatuh 15.8%. Indonesia Rupiah jatuh 9.3%. Malaysia Ringgit jatuh 2.5%.

 

Kesan Kejatuhan Nilai Matawang

Apa masalah dengan kejatuhan currency?

Dia akan jadi masalah jika negara tersebut, atau syarikat di negara tersebut, membuat banyak pinjaman di dalam foreign currency untuk operasi syarikat di dalam negara tu sendiri.

Malaysia tak ada masalah tu. Tapi disebabkan QT tersebut, outflow tu berisiko masih akan terus berterusan.

Dan duit yang kembali kepada US itu akan memberikan kesan yang sama seperti kesan kepada emerging market ketika QE dahulu.

Stock market US akan naik, nilai USD akan naik.

Di saat stock market dan currency emerging market economy jatuh.

Jadi seperti mana yang disebut oleh BNM monetary policy statement semalam (5 September 2018).

Perkembangan ekonomi dunia akan mengalami ‘divergence’. Terutamanya antara developed economy dan Emerging Market economy.

Tau ini sama dengan apa?

Sama dengan 20 tahun dulu

Bilamana hot money kembali kepada US selepas US rendahkan interest rate dan dinaikkan kembali. Bilamana US mengenakan import tariff setinggi 100% kepada kereta buatan Jepun. Bilamana economic growth developing economy ketika itu mula perlahan disebabkan kelembapan trade activity dunia.

Dan secara tiba-tiba nilai currency Asian economy diserang. Yang ultimately membawa kepada Asian Financial Crisis.

So…. Now….

 

Adakah Emerging Market Menuju Krisis?

Is Emerging Market Financial Crisis (EMFC) coming?

Disclaimer: aku tak cakap ekonomi tengah nak menghadapi krisis. Cuma cakap risiko tu semakin tinggi. Dan at least ekonomi akan sedikit perlahan itu dah macam agak kemungkinan besar berlaku.

P/S: Dan untuk Malaysia, kalau krisis ekonomi dunia berlaku. Harga minyak pun akan tersungkur. Jadi kita punya sakit tu double. Sebab hasil kerajaan banyak bergantung kepada minyak.

P/SS: bank di sini bukan sekadar komersial bank tapi juga investment bank.

.

.

Artikel ini diterbitkan semula di laman web ini dengan keizinan empunya artikel saudara Izzuddin Yussof. Sila SHARE dan LIKE jika anda suka perkongsian ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa