Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi

Inflasi UK Naik 2.9% Lebih Dari Jangkaan, GBP/USD Melonjak 80 Pip

Inflasi UK Naik 2.9% Lebih Dari Jangkaan, GBP/USD Melonjak 80 Pip

Harga pengguna (CPI, consumer price index) UK baru sahaja dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi dan menunjukkan peningkatan lebih daripada jangkaan pada Ogos. Hal ini dilihat menambah kepada spekulasi bahawa Bank of England berkemungkinan akan lebih hawkish dalam penetapan polisi monetari pada Khamis.

Harga pengguna naik 2.9% dari tahun ke tahun (y/y) seperti yang ditunjukkan oleh Jabatan Statistik, meningkat daripada 2.6% sebelum ini. Penganalisis ekonomi menjangka data kali ini hanya naik kepada 2.8% pada Ogos.

Dari segi bulanan, harga pengguna meningkat sebanyak 0.6% berbanding jangkaan 0.5% dan bacaan yang dicatat pada Julai -0.1%.

Harga teras (Core-CPI) yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 2.7% pada Ogos, yang tertinggi sejak 2011. Data kali ini meningkat dari 2.4% yang dicatat pada Julai dan melebihi jangkaan 2.5%.

Manakala indeks harga runcit pula meningkat 3.9% pada Ogos, naik daripada 3.6% sebelum itu.

Data juga menunjukkan indeks harga rumah naik 5.1% daripada 4.9% pada Julai.

Data kali ini dilihat akan memberi tekanan kepada BoE untuk menaikkan kadar faedahnya pada Khamis. Pasaran sebelum data ini dikeluarkan menjangka bank pusat akan memberikan nada yang lebih hawkish.

Pasangan matawang GBP/USD melonjak 80 pip selepas data ini dikeluarkan. Data inflasi merupakan data tumpuan bank pusat dan menjadi faktor terbesar dalam penentuan polisi monetari dan sebab itu kita sering kali melihat pergerakan yang besar setiap kali data inflasi dikeluarkan.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal