Ini 1 Perkara Entrepreneur Selalu Terlepas Pandang Dalam Penghasilan Konten

0 284

Satu perkara yang selalu orang salah faham tentang penghasilan konten. Ini tip daripada seorang pakar penghasilan konten Nicolas Cole yang merupakan seorang founder Digital Press.

Penghasilan konten bukan sahaja terhasil dengan satu idea yang cemerlang.

Inilah yang sangat sedikit orang memahami tentang bagaimana memenangi game penghasilan konten.

Persoalannya bukan, “Apa yang harus kita buat? Apa yang perlu dilakukan untuk tular? Apa yang akan menarik perhatian masyarakat?

Soalan yang betul, persoalan yang perlu anda tanyakan sendiri, sebagai satu pasukan,

“Proses apa yang boleh kita lakukan supaya kita dapat mencipta sesuatu yang baru, setiap hari?

Penhasilan konten adalah tentang Volume.

Ini pengalaman saya bagaimana saya dapat menjadi penulis dan penghasil konten yang dapat menarik 50 juta jumlah pembaca?

Satu sahaja Jawapan- Volume/ jumlah kandungan.

Bagaimana saya dapat menerbitkan lebih 50 penerbitan digital?

Volume

Bagaimanakah saya membina perniagaan saya?

Volume

Ini adalah 1 perkara penghasil konten selalu terlepas pandang. Jika anda tidak melakukan usaha untuk menghasilkan sesuatu yang baru, sesuatu yang berharga dan dapat menarik perhatian orang setiap hari maka anda telah kalah dalam game ini.

Kerana tiada siapa yang peduli dengan apa yang kita buat semalam.

Orang hanya peduli apa yang berlaku sekarang dan berkenaan diri mereka.

Internet telah mewujudkan suatu keterdesakan dalam kalangan orang, dan jika anda tidak dapat memenuhi keperluan mendesak itu anda akan tertinggal.

Jika anda ingin menghasilkan konten maka lakukan setiap hari. Itu yang saya lakukan. Saya mahu orang tetap memberi perhatian pada konten saya. Saya ingin memastikan pembaca atau orang yang melanggan konten masih kekal.

Jika perniagaan anda terlibat dengan penghasilan konten baik  ia berbentuk tulisan mahupun video dan anda tidak bertindak dengan cepat mahupun mengutamakn jumlah maka hal itu akan menghambat bisnes anda. Jika anda mahu bisnes anda maju dengan lebih pantas maka hasilkan konten setiap hari. Siarkan sesuatu yang menakjubkan, setiap hari.

Jika anda mahu hasilkan sebuah blog. Maka tuliskan sesuatu yang baru setiap hari.

Menghasilkan konten memerlukan kerja keras.

Untuk saya berada di tahap sekarang, saya telah menulis 2-3 konten setiap hari selama 5 tahun berturut. Bukan saya sahaja, mereka-mereka yang kini menjadi Big- time YouTubers mahu Instagram artis juga sama.

Ia bukan tentang menjadi kreatif. Ia adalah tentang menjadi kreatif setiap hari.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa