Ini Jangkaan Terhadap Pair GBP/USD Berdasarkan Analisis Fundamental

0 683

Matawang GBP adalah antara matawang yang lemah pada minggu lalu dengan ia jatuh secara mendadak pada Jumaat apabila data pertumbuhan GDP UK merekodkan bacaan kurang daripada jangkaan. Kadar pertumbuhan hanya naik 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.3%. Apa yang menambah kejatuhan itu adalah kerana bacaan pertumbuhan 0.1% jauh lebih rendah daripada unjuran Bank of England iaitu 0.4%.

Pair GBP/USD telah membuat penurunan beberapa minggu ini dan dijangka akan terus melemah berikutan data-data ekonomi yang kurang memberangsangkan terhadap UK dan keadaan ekonomi yang lebih baik di Amerika Syarikat.

Data penting PMI sektor perkhidmatan yang dikeluarkan pada Khamis meleset daripada jangkaan. Data sektor pembuatan yang diumumkan pada Selasa juga merekodkan bacaan yang kurang daripada jangkaan.

Kadar faedah yang tinggi biasanya akan menyokong kenaikan matawang berikutan ia akan menarik modal masuk pelaburan asing. Inilah yang telah menyokong kenaikan US dollar sejak dua minggu lalu apabila Hasil-Bon AS naik ke paras yang lebih tinggi.

Apa yang menyebabkan jangkaan terhadap GBP kekal lemah adalah masalah dalam Brexit khususnya isu sempadan Ireland. Sempadan Ireland adalah isu utama dalam rundingan kerana ia mampu melengahkan proses Brexit dan membawa rundingan menjadi lebih buruk. Sehingga kini belum ada kata putus yang dipersetujui oleh EU-UK dalam hal ini.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa