728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Ini Pesanan Untuk Yang Sudah Trade Forex Hampir 5 Tahun, Tapi Masih Tak Profit Lagi

Ini Pesanan Untuk Yang Sudah Trade Forex Hampir 5 Tahun, Tapi Masih Tak Profit Lagi

Saya dah 10 tahun dalam bidang ini. Segala pahit manis telah dilalui. Jika anda pernah risau tentang adakah perlu ada kelulusan ekonomi dan sebagainya baru boleh jadi forex trader yang konsisten. Saya jawab “tidak”.

Saya sendiri lulusan Degree Electrical Power Engineering. Berbeza. Lari jauh dari lulusan University dulu. Jadi jangan risau.

Sebenarnya yang kurang bukanlah kelulusan dan sebagainya. Yang kurang adalah mindset sebagai seorang trader. Mindset perlu betul. Teruskan baca di bawah, sebab saya nak tuned mindset anda yang sudah “berkarat”, sebab dah 5 tahun dah trade tapi masih mengeluh.

#Pertama : Berhenti apa yang anda tengah buat sekarang.

Reset balik semua. Jika ada akaun forex yang masih jalan dan kadang-kadang profit, kadang-kadang Stop Out. Sila closed semua position dan relax. Bertenang. Cara paling bagus untuk reset minda adalah stop dulu trade seminggu. Buat kerja lain. Ini nak bagi anda dapat berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi emosi.

Dah alang-alang dekat Hari Raya ni, apa kata stop kejap dari “gamble” anda tu. Enjoy raya dulu. Buat perkara lain. Lepas raya nanti boleh ke step kedua.

#Kedua : Pastikan pada masa ini anda dah betul-betul “fresh”.

Lupakan apa yang anda pernah baca dan pernah kaji. Teknik itu. Teknik ini. Tambah-tambah teknik yang guna indicator mengarut-mengarut.

Set balik minda anda. Ada 3 perkara asas utama dalam forex yang perlu dikuasai. Semua ini sama sahaja satu dunia. Ia bukan teknik baru. Ia teknik asas. Fahamkan asas dahulu.

1. Analisa Teknikal
2. Analisa Fundamental
3. Pengurusan Risiko dan Emosi

Semua perkara ini anda kena kembali belajar yang asas. Kalau perlukan bantuan tentang segala perkara asas, boleh juga dapatkan Buku MoshedFX di sini. Telah dicompilekan semua yang perlu faham sahaja.

Taklah pening bila tengok banyak sangat nak kena belajar.

#Ketiga : Kena faham yang Trade Forex ni adalah sebuah bisnes.

Dalam bisnes. Kita tak boleh asyik nak cepat kaya, sebab ia akan kelabukan mata kita untuk buat silap. Jadi target yang anda nak berjaya “KONSISTEN” dan setkan minda anda “sikit pun tak apa”, janji konsisten dan belajar. Ini adalah “Long Term” business. Delay gratification anda. Slow-slow cuba.

Biar lambat, dari bazir masa bertahun-tahun, macam sebelum ini.

Anda dah ada duit dari gaji dan sebagainya, ini bukanlah lagi masa sesuai untuk generate duit. Nanti lepas tahun ke-2 dah betul-betul push, baru mula generate duit dari trading.

Masa itu nanti, anda adalah “king”!

#Keempat : Develop Trading System

Selepas tahu asas forex, FA, TA, MM. Sila develop trading sistem dan test banyak kali sistem tersebut di demo akaun. Nak tahu, menjadi ke tak. Boleh buat profit ke tak. Kalau di Akaun Demo pun Stop Out, macam mana nak trade akaun real kan?

Trading system mungkin ada di ajar di mana-mana sahaja, macam di kelas forex ke, di dalam Buku MoshedFX ke, dari rakan ke. Tapi pastikan dapat sesuaikan dengan diri anda dengan trading system tersebut.

Percayalah, ia perlukan sedikit masa untuk anda dapat tuned betul-betul “ngam” dengan diri anda. Saya sendiri dulu perlukan lebih 3 tahun nak betul-betul dapat sebuah trading system tersendiri yang sesuai dengan habit saya.

#Kelima : Tanam dalam minda – “Hard Work”

Hard work. Perlu kerja keras, mengkaji pasaran, baca berita-berita terbaru di MoshedFX.com, catit journal untuk Money Management. Tanda pada log, jika ada kesilapan dan sebagainya.

Anda mungkin nampak ada trader lain, relax trade tepi pantai, bawak kereta mewah dan sebagainya. Tetapi kena ingat yang mereka mungkin sudah lalui apa yang anda lalui dulu, segala usaha dan hard work merekalah yang membawa mereka ke tahap tersebut. Renung balik, adakah anda sudah cukup “kerja keras untuk berjaya?”

#Keenam : Letak Time Frame business ini.

Ada orang rasa sesuai jadi forex trader, ada yang tidak. Ada orang just nak trade sebab boleh gamble saja. Jadi anda kena tahu, bisnes trade forex ni juga perlukan satu jangka masa yang lama. Ia perjalanan yang jauh.

Kenapa ramai yang rugi? Sebab mereka nak kaya cepat, suka gamble, dan tak sabar.

Jadi plan awal-awal. Letak balik Time Frame 2 atau 3 tahun nak betul-betul dalam bidang ini. Try maintain demo 6 bulan dengan sabar. Lepas tu start kecil-kecil dengan cuba konsisten dari amount modal sekitar USD1,000. Target lepas 2 tahun baru deposit betul-betul selepas dah stabil.

Semua makan masa, lebih baik disiplin dari mula. Jimat masa. Jika dah lama sangat, mungkin dah tahun 2020, dan anda masih rugi. Jadi ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Sama ada anda tiada rezeki atau anda memang masih tidak berubah perangai dan cara dan mentaliti anda trading forex.

#Ketujuh : Jangan terfikir untuk berhenti kerja.

Ramai yang beranggapan bahawa asyik rugi sebab tak fokus. Jadi kena resign dari makan gaji pula. Jangan! Luangkan sedikit masa belajar forex di waktu malam, lepas balik kerja. Tetapi ingat, jangan cari pasal berhenti kerja yang telah bagi income stabil kepada anda.

Ia akan menganggu emosi anda. Lagi susah!

Urus masa, cari peluang masa belajar, cari system trading dan sesuaikan jadual kerja. Kalau masa pun tak dapat nak urus, macam mana nak uruskan “bisnes trade forex” yang lebih mencabar ni?

#Kelapan : Cuba bertahan dan konsisten

Duit akan datang kemudian. Perlu bertahan dan konsisten. Bina portfolio sebagai seorang professional trader.

Inilah goal dalam forex trading ini. Iaitu nak konsisten trading dan bertahan. Nanti jalan yang sukar akan menjadi mudah apabila dah biasa. Ia perlukan masa. Jadi anda perlu ada motivasi yang kuat untuk bertahan dan konsisten.

Semoga ini akan membantu anda dalam trading! Ok, lagi dua tahun, anda pasti akan berjaya. Saya cabar ni! Saya dah lalui, ia bukanlah satu perkara yang mustahil!

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register