Ini Punca Mengapa Aussie dan New Zealand Melemah Dalam Sesi Eropah

0 16

Dollar Australia dan New Zealand bergerak rendah berbanding US Dollar kerana pengukuhan matawang gergasi itu terus disokong oleh pasaran yang kekal positif mengenai prospek kenaikan kadar AS sebelum akhir tahun ini.

AUD/USD jatuh 0.56% kepada 0.7580.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

US Dollar terus disokong selepas Institut Pengurusan Bekalan berkata bahawa indeks pembelian pengurus bukan dari sektor perkilangan meningkat ke paras tertinggi sebanyak 51.7 pada bulan lepas.

Data yang menjadi tumpuan pada hujung minggu ini berfokus kepada NFP yang dikatakan bakal memberi petunjuk yang lebih jelas mengenai kekuatan pasaran kerja.

Di Australia, data awal menunjukkan bahawa defisit perdagangan mengecil kepada A$2.010 bilion pada bulan Ogos daripada A$2.121 billion pada bulan Julai.

Dalam masa yang sama, NZD/USD susut 0.21% kepada 0.7158.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan matawang Greenback kali terakhir dinilai pada 96.27.

 

Sektor Import dan Eksport Di China Kini Berdepan Masalah!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa