Ini Punca Sentimen Pasaran Berisiko : China Halang Qualcomm Ambil-Alih NXP

0 423

Ramai dari pemain pasaran khususnya pedagang-runcit (retail-trader) agak keliru dengan pergerakan pasaran pada hari ini khususnya kepada Yen dan AUD. Dua matawang ini sering mendapat kesan daripaa perubahan sentimen terutamanya sejak akhir-akhir ini daripada isu perdagangan.

Dengan pertemuan positif antara Trump-Juncker awal pagi tadi telah meredakan sedikit ketegangan perang perdagangan. Kedua-dua pemimpin tertinggi wilayah ekonomi terbesar dunia ini bersetuju untuk merundingkan tariff sifar dalam perdagangan. Juncker iaitu Presiden Suruhanjaya Eropah juga memberi respon positif dalam peningkatan eksport produk gas asli dan kacang soya dari Amerika ke Eropah.

Perkembangan positif ini sepatutnya memberi kesan baik kepada sentimen pasaran sekaligus menyebabkan kejatuhan Yen dan kenaikan AUD. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana Yen menjadi matawang terkuat dan AUD matawang paling lemah setakat ini.

Halangan China Terhadap Syarikat Dari Amerika

Apabila diperiksa semua berita yang berlaku pada Khamis, terdapat satu risiko perang dagang antara AS-China di mana China menghalang pengambil-alihan oleh syarikat berpangkalan di Amerika iaitu Qualcomm.

Qualcomm adalah sebuah syarikat berasaskan semi-konduktor dan juga pembuat cip yang menjadi pembekal cip terbesar dunia. Antara klien Qualcomm adalah syarikat pembuat telefon pintar terbesar dunia Samsung dan Apple.

Apa yang menyebabkan kepada sentimen berisiko pasaran ketika ini adalah, kegagalan Qualcomm mengambil-alih syarikat pembuat cip NXP Semiconductor (NXP) yang berjumlah $44 billion. Pengambil-alihan ini berupaya membantu Qualcomm mengembangkan syarikatnya kepada pembuatan cip automobil.

Qualcomm memerlukan pengesahan daripada Beijing kerana China mewakili dua per tiga daripada hasil syarikat. Namun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh regulator China pada Khamis dan Qualcomm telah membatalkan pengambil alihan tersebut.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa