728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Inspirasi

Ini Rahsia Mark Zuckerberg Yang Ramai Orang Ingin Berjaya Terlepas Pandang!

Ini Rahsia Mark Zuckerberg Yang Ramai Orang Ingin Berjaya Terlepas Pandang!

Mungkin ramai tidak menyedari jutawan muda ini gemar memakai t-shirt kelabu dikebanyakan acara yang dihadirinya.

Mark Zuckerberg pernah ditanya dalam satu temu bual mengenai persoalan kenapa beliau memilih baju yang sama untuk dipakai setiap hari?

Beliau begitu serius menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan bahawa dia hanya ingin membuat keputusan yang sedikit pada setiap hari kecuali tentang bagaimana ingin berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau berpendapat, keputusan yang kecil seperti keputusan untuk memilih “Baju apa yang perlu dipakai”, ataupun “Apa yang boleh dimakan untuk sarapan?” amat memenatkan. Beliau tidak mahu membazirkan masa untuk perkara-perkara remeh seperti itu.

Menurut beliau lagi, “Saya berasa amat bertuah jika saya dapat bangun setiap hari dan meminimumkan jumlah keputusan yang harus dibuat. Saya juga merasakan bahawa saya tidak menjalankan tugas jika saya membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.”

Selain itu, Zuckerberg turut mengakui yang beliau mempunyai beberapa pakaian yang sama.

Zuckerberg juga mengatakan bahawa beberapa orang yang berpengaruh seperti pengasas Apple, Steve Jobs atau Presiden Barack Obama mempunyai teori yang sama berkaitan pemilihan pakaian. Steve Jobs juga memberitahu Walter Isaacson di dalam biografi beliau bahawa beliau mahukan kesemua pekerja Apple memakai vest yang sama.

Jadi, jangan buang masa dengan perkara-perkara yang tidak langsung mendatangkan sebarang faedah!

4 Perkara Penting Yang Tiada Sesiapa Beritahu Anda Mengenai Motivasi!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register