Ini Sebab Kejatuhan US Dolar Sejak Semalam, EUR/USD Naik 200 Pip & Emas Melonjak Hampir 400 Pip

0 1,269

US dollar meneruskan penurunan berbanding matawang-matawang utama yang lain sejak pukul 11 malam Rabu sehinggalah setakat pada masa artikel ini ditulis. USD/JPY sahaja mencapai paras terendah 15 bulan lalu dan kini didagang di sekitar 106.45.

Matawang-matawang utama yang lain juga melonjak berbanding US dolar dengan EUR/USD naik hampir 200 pip dari paras terendah Rabu. GBP/USD naik 222 pip, AUD/USD naik 175 pip, NZD/USD naik 158 pip dan emas naik hampir 400 pip dari paras terendah Rabu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain setakat hari ini susut 0.13%, di mana sesi dagangan Rabu adalah antara kejatuhan US dolar yang terbesar untuk tahun 2018.

Apabila kita lihat kepada data harga pengguna (CPI), data sememangnya meningkat lebih daripada jangkaan dengan bacaan 0.5%. Kenaikan ini dilihat akan menjadikan The Fed lebih aggresif dalam menaikkan kadar faedahnya tahun ini, berdasarkan pendapat beberapa penganalisis pasaran.

Namun selepas reaksi yang ditunjukkan oleh pasaran semalam, apa yang menjadi kebimbangan pasaran adalah data yang turut sama dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi iaitu ‘jualan runcit’ Amerika Syarikat yang jelas meleset jauh daripada jangkaan pasaran. Jualan runcit (retail sales) untuk bulan lalu susut -0.3% berbanding jangkaan kenaikan 0.2%, dengan data Core retail-sales yang tidak mengambil kira pengangkutan tidak berubah berbanding jangkaan kenaikan 0.5%. Apa yang menambah kejatuhan adalah data kajian semula bacaan sebelum ini juga diturunkan.

Selepas sahaja, data jualan runcit ini dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi, beberapa institusi perbankan terbesar dunia termasuk JPMorgan, Goldman Sach, Barclays secara langsung menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi untuk ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini. Anda boleh lihat keraguan bank-bank ini terhadap ‘jualan runcit’ apabila mereka menurunkan ramalan mereka terhadap pertumbuhan atau data GDP pada 2018.

Kesimpulannya, kejatuhan data jualan runcit yang begitu banyak bulan lalu dengan bacaan data bulan Disember yang dikaji semula menyebabkan pasaran dan penganalisis meragui tahap perbelanjaan rakyat Amerika untuk tahun ini, sekaligus ia diterjemahkan ke dalam pasaran matawang dengan kejatuhan US dolar.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa