Ini Sebab Pengukuhan Secara Tiba-Tiba Matawang EURO & AUD Sebentar Tadi

0 1,121

Matawang Euro dan AUD membuat kenaikan ketika ini dengan matawang safe-haven JPY membuat penurunan. Menariknya AUD yang sepatutnya melemah disebabkan data pekerjaan, kini menguat berikutan perkembangan positif AS-China.

Laporan awal pada Khamis menunjukkan data pekerjaan Australia yang dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi tadi merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan. Ia juga sekaligus menyebabkan pergerakan volatile (turun-naik) pasangan matawang AUD/USD selepas data dikeluarkan.

Australia merekodkan kemerosotan 3,900 pekerjaan meleset daripada jangkaan 15,000 oleh pasaran. Bacaan kali ini juga jauh lebih rendah daripada tambahan jumlah pekerjaan pada bulan sebelumnya sebanyak 58,200 pekerjaan. Data kadar pengangguran pula mencatat bacaan yang semakin baik daripada 5.4% kepada 5.3%.

Secara keseluruhan data sebenarnya merekodkan bacaan tidak memberangsangkan dengan kemerosotan bacaan pekerjaan sebanyak 3.9k berbanding tambahan sebanyak 58.2k. Ia sepatutnya memberi kesan kepada kejatuhan Aussie walaupun kadar pengangguran catat bacaan sedikit positif.

Aussie ketika ini menguat berbanding matawang utama yang lain termasuk US dollar, Euro, CAD, NZD dan GBP.

Perkembangan Positif Isu Perdagangan AS-China

Sebab utama kepada kenaikan Aussie ketika ini adalah disebabkan status China sebagai destinasi eksport terbesar dari Australia. Terdapat satu perkembangan positif dalam isu perdagangan antara AS-China yang dilaporkan sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Dalam laporan yang baru diterima, rundingan perdagangan akan diadakan pada bulan Ogos dengan Menteri akan bertemu dengan Setiausaha di bawah perbendaharaan AS, Malpass. Menteri komunikasi China memaklumkan ini adalah atas jemputan oleh pihak Amerika Syarikat.

Dengan berita positif ini, sentimen perang dagang global dijangka semakin pulih dengan matawang Yen ketika ini melemah berbanding matawang-matawang yang lain.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa