banner-mutm-728x90

Share This Post

EUR/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / NZD/USD / Sesi Eropah

Ini Yang Berlaku Pada Kiwi Berikutan Komen ‘Dovish’ Daripada Bank Pusat New Zealand

Ini Yang Berlaku Pada Kiwi Berikutan Komen ‘Dovish’ Daripada Bank Pusat New Zealand

US Dollar meneruskan prestasi membanggakan apabila terus didagang melonjak pada Selasa.

Sementara itu, sterling meneruskan kelemahan apabila kebimbangan pasaran terhadap Brexit kekal berlarutan.

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Matawang kiwi pula merosot berikutan komen dovish daripada bank pusat New Zealand.

US Dollar index yang melawan 6 matawang utama menambah 0.1% lagi dalam sesi dagangan ini.

Trader dilihat menunggu keputusan minit mesyuarat FOMC pada Rabu untuk melihat sejauh mana Fed bersedia bagi menaikkan kadar sebelum penghujung tahun ini.

Presiden Fed Chicago, Charles Evans berkata pada Selasa bahawa dia bersedia menerima keputusan sekiranya Fed ingin menaikkan kadar pada bulan Disember. Namun, beliau ingin melihat sejauh mana ekonomi dan inflasi mampu berkembang sebelum Fed mengeluarkan sebarang keputusan.

Pada tahun ini, Evans tidak tersenarai sebagai salah seorang pengundi dan mengambil bahagian dalam perbincangan sepenuhnya. Beliau akan menjadi ahli untuk mengundi pada tahun 2017.

Data ekonomi dilihat tidak banyak membantu pergerakan sterling. Pun begitu, UK telah menunjukkan prestasi yang baik dalam masa tiga bulan selepas referendum.

Kata ketua ekonomi matawang global di Brown Brothers Harriman, kejatuhan nilai sterling akan memberi kesan kepada baki akaun semasa UK.

Dalam masa yang sama, Euro didagang sedikit menurun kepada $1.1133.

Di New Zealand, kiwi jatuh 1% selepas bank pusat negara itu memberi amaran bahawa pelonggaran dasar selanjutnya diperlukan bagi menolak inflasi kepada nilai yang lebih tinggi.

NZD/USD, 30 minit

NZD/USD, 30 minit

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register