728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Asia

Ini Yang Menyebabkan NZD Naik Pagi Tadi!

Ini Yang Menyebabkan NZD Naik Pagi Tadi!

Sesi Asia hari ini dibuka dengan peningkatan data CPI New Zealand yang meningkat 0.2% pada suku ketiga seperti yang dilaporkan oleh Biro Statistik Persekutuan. Data CPI ini juga meningkat sebanyak 0.4% pada suku kedua sebelum ini.

Berbanding tahun lepas, CPI turut meningkat sebanyak 0.2% pada suku ketiga. Pada tahun sama kadar CPI adalah 0.4% pada suku kedua.

Bank pusat New Zealand (RBNZ), telah memotong kadar faedah beberapa kali sepanjang tempoh 12 bulan ini untuk menaikkan kadar inflasi dan pada bulan lepas RBNZ mengekalkan kadarnya tetapi memberikan gambaran tambahan pelonggaran polisi mungkin diperlukan.
Para pelabur berpendapat penggubal polisi sedang menanti petunjuk daripada data inflasi suku tahunan.

telegram-moshed

Kadar faedah semasa adalah terendah setakat ini pada kadar 2% berikutan pemotongan 25 mata asas pada Ogos lepas. Mesyuarat seterusnya akan berlangsung pada bulan 10 November depan.

Dollar New Zealand naik berikutan data CPI yang dikeluarkan pagi tadi yang meningkat sebanyak 1.4% pada 0.7175.

 

Data CPI UK Baik? Apa Sebenarnya CPI Ni?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register