728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Matawang Setelah Debat Pilihanraya AS Berakhir Semalam

Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Matawang Setelah Debat Pilihanraya AS Berakhir Semalam

Yen menyusut dalam sesi Asia pada Rabu setelah pasaran mengakhiri penantian satu daripada tiga perbahasan menjelang pilhanraya yang bakal diadakan pada November.

USD/JPY melonjak 0.17%, sementara AUD/USD didagang menaik sebanyak 0.04%.

USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

telegram-moshed
AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

Terdahulu pada Selasa, Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer berkata pada Selasa bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah mula menjana gaji yang lebih baik. Namun, beliau ingin melihat peningkatan yang lebih tinggi di masa hadapan.

Beliau berkata demikian semasa diajukan soalan mengenai skala pendapatan ketika di Universiti Howard.

Pun begitu, bekas Ketua Ekonomi IMF itu menyatakan bahawa beliau tidak gemarkan ekonomi tanpa interest rate ketika ditanya mengenai persoalan itu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang utama.

Semalaman, US Dollar melonjak lebih tinggi selepas data keyakinan pengguna AS menunjukkan peningkatan.

Lembaga Persidangan berkata indeks keyakinan pengguna meningkat kepada 104.1 bulan ini berbanding bacaan sebelumnya.

Matawang Amerika itu juga melonjak disebabkan penganalisis menganggap Hillary Clinton telah melakukan yang terbaik daripada saingan beliau dalam perbahasan semalam.

Akibat Abaikan Perkara Ini, Ramai Trader Kecundang dan Putus Asa!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register