Inilah Kesan Tariff Keluli Amerika Kepada Pergerakan Volatile Dolar Kanada

0 479

Pasaran forex baru-baru ini banyak terkesan disebabkan oleh pengenalan cukai import (tariff) keluli dan aluminium oleh Amerika Syarikat. Ia diumumkan sendiri oleh Presiden Trump pada minggu lalu yang sekaligus telah menyebabkan kejatuhan matawang US dolar.

Secara mudahnya tariff adalam cukai import yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap negara pengeksport. Dalam konteks ini, Amerika Syarikat merancang untuk mengenakan cukai keluli sebanyak 25% dan 10% untuk aluminium.

Amerika sudah tentu mendapat hasil cukai yang banyak daripada polisi ini, tetapi ia menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap ‘perang perdagangan’ terutamanya dengan China dan Kesatuan Eropah iaitu dua blok ekonomi terbesar dunia. Disebabkan kebimbangan inilah, US dollar melemah pada minggu lalu bahkan sehingga awal minggu ini.

Terbaru, White House mengatakan Kanada dan Mexico mungkin akan dikecualikan daripada tariff import keluli dan aluminium sekaligus menyebabkan pengukuhan US dolar pada lewat sesi Rabu, tetapi melemah berbanding dolar Kanada (CAD). US dolar pada mulanya tertekan disebabkan perletakan jawatan Gary Cohn pada awal sesi Asia hari Rabu. Antara penyebab kenaikan US dolar pada Rabu juga adalah laporan data ADP-NFP yang memberangsangkan.

Matawang yang paling banyak terkesan oleh pengumuman tariff Presiden Trump adalah CAD, kerana ia adalah pengeksport keluli terbesar ke Amerika Syarikat.

Matawang CAD melemah pada Rabu apabila Gary Cohn meletakkan jawatan kerana beliau adalah satu-satunya penasihat Trump yang membantah pengenaan cukai import tersebut. Dengan tiadanya Cohn di White House, ini akan menguatkan lagi pendirian protectionist Amerika.

Sekali lagi CAD melemah pada Rabu apabila kenyataan polisi Bank of Canada (BoC) dilihat bimbang terhadap polisi Amerika khususnya terhadap tariff keluli dan NAFTA. Namun, kelemahan itu tidak berpanjangan apabila pukul 1 pagi Khamis CAD mula menguat mendadak kerana laporan positif tariff Amerika. Inilah sebab CAD menguat berbanding US dolar, kerana sudah tentu keputusan untuk mengecualikan Kanada dan Mexico daripada tariff adalah satu advantage kepada Kanada dan matawang CAD.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa