728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Inilah Sebab Kenapa Harga Terendah GBPUSD Berbeza Bagi Sesetengah Forex Broker

Inilah Sebab Kenapa Harga Terendah GBPUSD Berbeza Bagi Sesetengah Forex Broker

Setelah berlaku sedikit kekecohan di facebook tentang harga terendah GBPUSD akibat daripada penurunan drastik Jumaat lepas, saya mengambil keputusan untuk mengkaji sedikit “apa yang tidak kena” tentang perkara ini.

Harga berbeza-beza bagi GBPUSD. Ada 1.2, ada 1.19 ada 1.15 dan juga 1.14. Yang mana satu betul?

Memetik sumber daripada Finance Magnates, mereka melaporkan bahawa matawang sterling yang didagang tidak menentu minggu lepas terus menjadi ‘igauan ngeri’ buat kebanyakan trader. Pasaran yang bergerak secara drastik tanpa alasan yang jelas, terus menjadi tanda tanya sehingga hari ini oleh kebanyakan penganalisis pasaran.

telegram-moshed

Terdapat sedikit kekecohan berlaku dikalangan komuniti forex trader yang kita boleh lihat di facebook atau group-group trader yang lain.

Spekulasi yang tersebar terus mengatakan bahawa junaman secara tiba-tiba yang dibuat oleh Pound itu disebabkan oleh thin liquidity dan campur tangan ‘fat finger’, berita fundamental dan pelbagai lagi sangkaan.

Harga yang terhempas pada minggu lepas bergerak sehingga 800 pips kepada angka di antara 1.1200 dan 1.2000.

Berikut adalah pandangan beberapa broker mengenai pergerakan yang jarang-jarang sekali berlaku itu, dengan meletakkan pelbagai nilai bid yang berbeza-beza. Mengikut laporan oleh Eddie Tofpik, pakar dari London, order yang diisi oleh broker berbeza-beza oleh sebab itu terdapat harga yang berbeza-beza bagi setiap broker.

eddie-tofpik-cme-group-malaysia-forex

Di Admiral Markets, paras terendah dijangka mencecah 1.1900 setelah pair yang melibatkan matawang pound sterling (GBP) itu mengalami tahap volatility yang begitu ekstrim. Pun begitu, broker itu masih memberikan perkhidmatan kepada semua trader seperti biasa tanpa merubah sedikit pun syarat trading.

Trader di Saxo Bank pula menyasarkan nilai 1.1500, sama seperti yang ditetapkan oleh Reuters. Sistem mereka masih berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan walaupun kadar turun naik itu berlaku sekelip mata dalam sesi Asia Jumaat lepas.

Dalam masa yang sama, LMAX Exchange mengatakan bahawa sesi jual beli matawang itu berjalan dengan begitu rancak. LMAX meletakkan nilai 1.2000 sebagai angka tawaran terendah.

Sementara itu, FxPro juga sependapat dengan kebanyakan broker apabila bersedia untuk mengambil sebarang langkah yang perlu untuk melindungi kesemua pelanggannya.

Langkah yang sama turut diambil FXCM dan MEX Group berikutan kekalutan yang berlalu di dalam pasaran bertitik tolak daripada peristiwa Brexit.

Menurut pandangan CEO Mex Group, Naser Taher, pergerakan mengejut ini disebabkan oleh tindakan melampau selepas Brexit. Junaman matawang ini juga mengurangkan keyakinan pasaran.

Walaupun kesemua broker agak terkejut dengan peristiwa yang berlaku, mereka telah bersiap sedia untuk melindungi semua trader.

Bank of England juga mengumumkan bahawa akan terus menyiasat sebab-sebab yang menolak matawang ini turun mendadak minggu lepas yang turut menimbulkan kekeliruan dan kepanikan terhadap institusi matawang keseluruhannya.

Pendapat Moshed Dot Com

Saya berpendapat bahawa akibat harga naik turun yang tersangat laju dan order dari broker telah “filled” pada harga yang berbeza-beza mengikut Liquidity Provider masing-masing.

Selepas tinjauan saya, mendapati harga terendah adalah berbeza bagi setiap sumber. Bloomberg dilihat melaporkan 1.18 sebagai harga terendah. Sumber dari CME Group adalah 1.2 sebagai terendah bagi GBPUSD. CNN pula adalah 1.15.

Buat masa ini, saya baru mendapat penjelasan rasmi daripada kenalan dari sebuah broker yang menunjukkan 1.14 sebagai harga terendah.

image-harga-berbeza-gbpusd
Saya sedang cuba mendapatkan lebih banyak feedback dari rakan-rakan saya di broker serata dunia tentang perkara ini. Saya akan update di sini kemudian nanti. Jangan lupa sentiasa check artikel ini.

Jika anda mempunyai masalah dengan broker anda, kemungkinan slippage atau terkena stop out dan sebagainya, cuba lakukan sedikit matematik dan pastikan broker tidak mengambil kesempatan atas hal ini. Dapatkan penjelasan lanjut daripada wakil broker masing-masing.

Jika terdapat sebarang info, jangan lupa untuk komen di sini ya.

Saya juga ada mengulas sedikit tentang ini di laman Facebook personal saya dengan lebih lanjut. Anda boleh lihat dengan KLIK LINK INI untuk terus ke facebook saya.

Sila SHARE artikel ini jika merasakan bermanfaat!

Nota: Tujuan post ini dibuat adalah untuk melaporkan situasi sebenar yang terjadi. Ia tidak menunjukkan pihak Moshed Dot Com bias dengan mana-mana pihak. Selebihnya rujuk broker anda untuk sebarang aduan atau perbincangan.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register