banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Istilah Asas Forex Yang Perlu Anda Faham

Apakah maksud Ask Price (offer) dalam forex – harga di mana pelanggan atau trader boleh ‘BUY’ pada currency pair tertentu dan harga tersebut juga adalah harga broker forex boleh jual.

Apakah maksud Base Currency dalam forex – matawang pertama di dalam sesebuah pair. Contohnya dalam EUR/USD, EUR adalah base currency.

Apakah maksud Bear Market dalam forex – definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang jatuh

Apakah maksud Bull Market dalam forex – definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang naik

Apakah maksud Bid Price dalam forex – harga di mana trader boleh ‘SELL’ pada currency pair tertentu dan broker boleh beli.

Apakah maksud Conversion Rate dalam forex – kadar harga sesuatu matawang yang akan ditukar kepada matawang lain.

Apakah maksud Currency Pair dalam forex – dua matawang diletakkan secara berpasangan dan menunjukkan nilai matawang kedua berdasarkan matawang pertama. Contohnya EUR/USD pada harga 1.2510 bermaksud 1 Euro bersamaan USD 1.2510

Apakah maksud EA (expert advisor) dalam forex – software di mana digunakan bersama MT4 platform yang akan menjalankan trading secara automatik berdasarkan script yang telah diprogramkan. Dengan menggunakan EA, hanya perlukan sedikit trading manual atau mungkin tidak perlukan langsung.

Apakah maksud Leverage dalam forex – leverage membolehkan trader forex meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading. Contohnya dengan leverage 1:100 dan trader deposit USD100, ini bermakna kekuatan modal tersebut meningkat seolah-olah trader trade dengan modal USD10,000.

Apakah maksud Lot dalam forex – jumlah unit volume trading. 1 lot bersamaan 100,000 units.

Apakah maksud Margin dalam forex – nilai yang diperlukan untuk membuka posisi tertentu.

Apakah maksud Pip dalam forex – jumlah pergerakan pada harga pair tertentu. Contoh, jika EUR/USD bergerak dari 1.5000 ke 1.5500, ini bermakna harga telah bergerak 500 pip.

Apakah maksud Swap/Roll Over dalam forex – swap adalah cas yang dikenakan oleh broker forex jika posisi trading dibuka dan dibiarkan melepasi hari trading lain . Untuk mengelakkan dikenakan cas swap, anda boleh request Islamik Akaun Forex yang tidak dikenakan cas swap (Swap Free)

Apakah maksud Scalping dalam forex – gelaran/terma yang digunakan jika trader membuka dan tutup posisi trading pada kadar yang pendek seperti kurang 5 minit.

Apakah maksud Swing dalam forex – gelaran/terma yang digunakan jika trader membiarkan posisi trading lama terbuka sehingga 2-3 hari lebih kurang.

Apakah maksud STP (straight through processing) dalam forex – bermaksud system yang proses trading automatik terus ke Liquidity Provider tanpa melibatkan proses penglibatan manual dealing desk. Broker yang menggunakan proses STP adalah broker yang bagus.

istilah-asas-forex

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register