Istilah Matawang Crypto Yang Perlu Diketahui Sebelum Melabur – Siri 2

0 995

Tambahan 5 istilah bahasa crypto yang anda perlu tahu sebagai seorang yang masih newbie dalam industri matawang crypto ini. Kami akan rungkaikan bahasa-bahasa crypto yang lain dalam siri-siri yang akan datang.

6. Moon

Pergerkan bullish sesuatu coin pada tahap extreme.

7. FOMO

FOMO ialah ringkasan daripada perkataan ‘fear of missing out‘. Kata FOMO bukan sahaja digunakan dalam dunia crypto ia juga digunakan secara meluas dalam internet. Asal kata ini dikemukakan oleh ilmuan barat, Dr. Andrew K. Przybylski. Bermaksud gangguan kejiwaan yang mendorong keinginan seseorang untuk mengikuti trend terkini secara berlebihan.

Namun dalam dunia cypto, biasanya komuniti crypto memahami takut ketinggalan. Apabila kita melihat harga sesebuah matawang crypto sedang mengalami peningkatan secara terus menerus, kita sering kali akan terikut dan ingin cepat-cepat untuk “masuk” dalam pasaran tersebut.

8. HODL

Kata Hodl merupakan salah ejaan daripada kata ‘hold’. Pengunaan kata hodl ini mula mendapat tempat apabila komuniti mula menggunakannya secara meluas. Kata hodl merujuk kepada menahan simpanan. Seorang pelabur crypto yang membeli matawang crypto untuk disimpan dalam suatu jangka masa tertentu.

9.FUD

FUD ialah singkatan daripada ‘fear, uncertainty and doubt’ yang bermaksud ketidaktentuan dan keraguan. Bagi yang mereka telah memasuki dunia crypto akan tahu bahawa matawang crypto sangat fluctuate (naik turun).

Justeru biasanya pelabur kadang-kadang akan diserang FUD saat pasaran sedang bearish/ jatuh dan disebabkan itu kita keluar daripada pasaran dan jual dengan harga rugi. Contoh FUD adalah berita palsu atau berita seperti JPMorgan’s Dimon mengatakan Bitcoin adalah scam. Bahasa mudah, berita yang belum dipastikan kesahihannya.

10. Whale

Ada yang gunakan whale, ada yang gunakan shark. Whale merujuk kepada pelabur yang memiliki modal yang besar iaitu 1000 -5000 BTC. Tindakan mereka mampu menggerakan pasar.

Whale akan memanipulasi harga di suatu pasaran melalui pembelian dan jualan dalam jumlah besar.

 

Siri 1 – https://moshed.com/istilah-matawang-crypto-yang-perlu-diketahui-sebelum-melabur-siri-1/ 

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa