banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Isu Lebihan Minyak Global Melemahkan Harga Minyak Mentah

Isu Lebihan Minyak Global Melemahkan Harga Minyak Mentah

Mempunyai impak yang sama dengan harga emas, harga minyak mentah turut susut pada sesi Asia rentetan kebimbangan mengenai isu lebihan minyak global.

Dolar yang kukuh dan kenaikan minggu keempat dalam kiraan pelantar minyak Amerika Syarikat bagaimanapun membantu melegakan tekanan terhadap Crude Futures.

Brent Crude London bagi penghantaran bulan September jatuh 4 sen kepada $45.65 setong, sebanyak 2243 GMT pada Ahad. Kontrak penanda aras pula mencecah $ 45.17 pada hari Jumaat, iaitu nilai yang paling rendah sejak 11 Mei.

telegram-moshed

Selain itu, NYMEX Crude bagi penghantaran bulan September menurun 5 sen kepada $ 44.14 setong, selepas ditutup lemah 56 sen pada Jumaat.

Sementara itu, harapan Libya dalam meningkatkan eksport mentah diberi tamparan hebat selepas Ketua Oil Corporation membantah perjanjian antara kerajaan dan pengawal tempatan untuk membuka semula pelabuhan utama.

Menurut dua sumber Reuters pada minggu lalu, beberapa penapis Amerika Syarikat mula mengadun petrol gred musim sejuk lebih awal dari kebiasaan untuk dijual pada lewat tahun ini. Perkara itu berikutan inventori yang tinggi dan permintaan yang lemah dicacat sewaktu musim panas

Ekonomi terbesar dunia akan menyokong pertumbuhan global dan berkongsi manfaat perdagangan seperti dilaporkan pada hari Ahad selepas mesyuarat dikuasai oleh impak negatif Brexit.

Pengurus wang memotong long US crude futures & options positions kepada 4 bulan terendah hingga 19 Julai, kata Suhanjaya Perdagangan Komoditi Futures Amerika Syarikat semalam.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register