728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Isu Lebihan Stok Minyak Masih Membelenggu Pasaran Minyak Mentah

Isu Lebihan Stok Minyak Masih Membelenggu Pasaran Minyak Mentah

Harga minyak mentah dilapor kembali pulih pada Sesi Asia. Namun, prospek industri kekal lemah berikutan stok simpanan minyak mentah dan bahan api melebihi permintaan pasaran.

Brent mentah antarabangsa didagang pada $ 43.61. Manakala WTI mentah pula mencatat peningkatan sebanyak 14 sen.

Harga ini merupakan yang paling rendah sejak April. Penurunan itu disebabkan oleh 2 faktor terpenting iaitu lebihan produk dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

telegram-moshed

“Harga minyak mengalami kejutan selepas laporan mingguan EIA menunjukkan inventori minyak yang lemah. Peningkatan sebanyak 1.7 juta tong kepada 521.i juta tong ini melangkaui jangkaan pasaran yang menjangkakan penurunan 2.3 juta. Pengeluaran minyak Amerika Syarikat juga meningkat,” lapor Bank ANZ semalam.

“Pasaran minyak masih lemah dan akan memberi kejutan dalam saham-saham Amerika Syarikat. Momentum ini juga akan berlarutan dalam sesi dagangan hari ini,” katanya.

Pasaran minyak telah dibelenggu lebihan bekalan sejak 2 tahun lepas. Perkara ini secara tidak langsung menarik harga minyak menurun sebanyak 70%. Brent juga terkena tempias apabila mencecah angka terendah dalam tempoh sedekad iaitu sekitar $ 27 setong.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register