728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Isu Minyak Mentah Antara yang “Kontroversi” Minggu Ini

Isu Minyak Mentah Antara yang “Kontroversi” Minggu Ini

Lambakan produk yang ditapis semakin membimbangkan berikutan tinjauan yang semakin suram bagi pasaran minyak mentah US untuk baki tahun 2016 dan jangka masa separuh pertama bagi tahun 2017. Traders memberi amaran pada minggu ini kerana spread yang terlalu besar antara harga jangka pendek dan jangka panjang dalam tempoh 5 bulan.

Bekalan minyak mentah kekal tidak berganjak sepanjang musim panas, menyebabkan US Oil Futures mencecah tahap terendah sejak Februari. Masalah lain, seperti gangguan bekalan dan isu pemotongan bekalan juga mengakibatkan spread diperketat pada Mei.

Lebih membimbangkan apabila jumlah bekalan minyak mentah yang tidak terjual terus meningkat. Tambahan pula, jangkaan kajian semula terhadap pengeluaran minyak mentah telah memyebabkan sebilangan peniaga membuat jangkaan penurunan harga pada akhir 2016 dan awal 2017.

telegram-moshed

West Texas Intermediate (WTI) futures bagi penghantaran bulan September juga didagangkan pada harga diskaun sebanyak $2.23 untuk penghantaran bulan Disember pada Rabu  dan diklasifikasikan sebagai yang terbesar tahun ini.

Jumlah dagangan juga melonjak, mencecah rekod tertinggi iaitu melebihi 19,000 kontrak, atau kira-kira 19 juta tong minyak.

Diskaun bagi kontrak WTI Disember 2016 dan juga Disember 2017 menjarak ke tahap $4.11 minggu lalu. Pada Rabu lalu, ia juga diniagakan ke nilai $3.92 dengan jumlah dagangan melebihi 15,000 lot.

Mei lalu, angka spread telah mengecil kepada 50 sen.

Trader dari Carolina Utara berkata, pasaran dilihat bertumpu kepada isu bekalan petrol yang masih tiada kesudahan pada separuh ke-2 tahun 2016. Hal ini sekali gus menyebabkan gelombang lebihan bekalan minyak mentah.

Ini bagaimanapun dilihat sebagai kebimbangan jangka pendek dan dijangka bakal memberi lebih banyak tekanan pada masa akan datang.

Inventori minyak mentah juga telah menurun ke tahap 9 minggu berturut-turut pada 519.5 juta setong. Penurunan itu pada tahap tertinggi dalam sejarah sepanjang tahun ini, kata US Energy Department.

Andrew Lebow, rakan kongsi kanan di Commodity Research Group di Darien, Connecticut berkata, “Pasaran dijangka mengalami kejutan disebabkan kesukaran pengeluaran stok minyak mentah.” Beliau juga berpendapat bahawa penyelenggaraan kilang penapisan akan memburukkan lagi keadaan.

Pada minggu lalu, sejumlah 241 juta tong petrol masih berada di dalam tangki simpanan. Ini merupakan jumlah minima yang perlu ada di dalam simpanan bagi menghadapi waktu kemuncak penggunaan petrol di Amerika Syarikat.

Sesetengah refiners juga telah mengurangkan pengeluaran disebabkan penurunan margin petrol.

Sementara itu, penggali minyak US telah menambah 32 pelantar pada awal Jun, juga merupakan peningkatan tertinggi dalam tempoh 9 minggu sejak musim panas yang lalu.

Jumlah diskaun bagi futures untuk penghantaran bulan Jun 2017 sehingga Disember 2017 minggu lalu mencecah kadar yang lebih tinggi semenjak Februari, iaitu pada $1.66. Apa yang pasti, traders dan brokers berpendapat bahawa hedger memainkan peranan penting dalam meletakkan tekanan terhadap kontrak dan spread bagi tahun 2017.

Minggu lalu, Laredo Petroleum berkata kira-kira 2 juta tong minyak telah dilindungi dari risiko perubahan harga bagi tahun 2017.  Kebanyakan syarikat juga dilihat cuba mengunci keuntungan sekarang berikutan kebimbangan terhadap risiko lain. Setelah meningkat kepada $51 setong pada awal Jun lalu, harga kekal ke paras $44.94 setong pada hari Rabu.

Seorang broker di London juga menyifatkan perkara ini sebagi menakutkan jika pengeluar menghentikan pengeluaran walaupun pada harga semasa yang rendah. Beliau juga menambah, isu lebihan bekalan ini dijangka akan berterusan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register