728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia / USD/JPY

Jangan Abaikan Kupasan Keseluruhan Matawang Sesi Asia Ini!

Jangan Abaikan Kupasan Keseluruhan Matawang Sesi Asia Ini!

Yen melemah dalam sesi dagangan pagi ini berikutan data GDP yang lemah.

USD/JPY meningkat 0.06%, manakala AUD/USD juga menunjukkan peningkatan 0.05%.

USD-JPY 15.08

USD/JPY, 15 minit

telegram-moshed

Jepun melaporkan peningkatan 0.2% dalam kadar dalam negara kadar tahunan (GDP), tidak menepati ramalan awal yang menjangkakan kenaikan 0.7%. Data ini sedikit terjejas disebabkan penurunan data penggunaan sektor swasta dan eksport bersih.

“Terdapat tanda-tanda positif dalam pelaburan modal, namun, perkembangan keuntungan korporat agak rata,” kata salah seorang pegawai kanan Pejabat Kabinet.

Selain dari itu, untuk merangsang pertumbuhan, Jepun pada awal tahun ini meletakkan 28.1 trillion yen, termasuk 7.5 trillion yen jumlah sebenar perbelanjaan fiskal. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah deflasi dan pertumbuhan ekonomi yang hampir tiada.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar berbanding 6 matawang utama kali terakhir dinilai pada 96.68.

Minggu ini, kebanyakan pelabur bersedia menanti minit mesyuarat Fed yang dijadualkan pada hari Rabu bagi petunjuk baru kenaikan kadar AS pada masa akan datang.

Di tempat lain, pelabur di UK bersedia menanti laporan pekerjaan, harga pengguna, dan jualan runcit bagi petunjuk yang lebih mendalam terhadap kesan berterusan dari Brexit ke atas ekonomi.

Selain itu, mereka juga mengintai data keyakinan perniagaan di Jerman bagi isyarat terkini terhadap kedudukan ekonomi terbesar Zon Euro itu.

Pasaran kewangan Itali akan ditutup bagi memberi laluan kepada cuti umum. Dalam masa yang sama, Switzerland juga dijangka mengeluarkan data harga pengeluar.

Pada Jumaat minggu lalu, US Dollar jatuh berbanding matawang utama yang lain mencecah tahap terendah dalam tempoh seminggu berikutan data AS yang melemah.

Baca ulasan data AS yang melemah minggu lalu disini! 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register