Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Jangan Ingat Semua Masalah Yang Melanda Pasaran Minyak Mentah Sudah Selesai!

Jangan Ingat Semua Masalah Yang Melanda Pasaran Minyak Mentah Sudah Selesai!

Harga minyak tergelincir pada Rabu berikutan tindak balas dari laporan yang dikeluarkan AS yang menunjukkan stok simpanan petrol masih tinggi walaupun inventori minyak mentah merosot.

Di New York Merchantile, WTI mentah menjunam 0.52% kepada $46.34 setong.

Institut Petroleum Amerika melaporkan penurunan 1 juta tong, melebihi jangkaan. Pun begitu, bekalan petrol melonjak 2.2 juta tong bagi minggu berakhir 12 Ogos.

Di tempat lain, kebanyakan peniaga menanti laporan simpanan minyak mentah mingguan dari API bagi indicator yang lebih mendalam terhadap isyarat bekalan dan permintaan.

Dalam satu laporan berasingan, Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat menunjukkan bahawa inventori minyak mentah susut 333,000 tong minggu lepas.

Semalam, harga minyak mentah meningkat kepada nilai tertinggi dalam tempoh sebulan sebelum laporan mingguan Institut Petroleum Amerika dikeluarkan. Hal ini berikutan kebanyakan pelabur terus menimbang kemungkinan bahawa pertemuan pengeluar minyak nanti dapat membantu dalam menstabilkan harga.

Sejak jatuh di bawah $40 setong pada awal bulan ini, WTI mentah melonjak lebih 17% dalam tempoh 2 minggu lepas.

Harga minyak kekal di paras tertinggi pada Selasa apabila peserta pasaran mencerna pertemuan antara Arab Saudi dan Rusia sebagai sesuatu yang positif bagi mengembalikan semula kestabilan harga.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register