728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Jangan Klik Kalau Tak Mahu Berjaya Sebagai Seorang Trader!

Jangan Klik Kalau Tak Mahu Berjaya Sebagai Seorang Trader!

Ramai kurang ambil serius mengenai perkarai ini dan berikutan daripada itulah mengakibatkan emosi yang tidak stabil, sistem yang kucar kacir dan tidak konsisten sebagai seorang trader.

Adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan SEBELUM, SEMASA & SELEPAS trade untuk menguji sistem, untuk melatih emosi dan sebagainya.

Sebelum Trade :

Setelah anda kenalpasti 1 setup yang bagus dan confluence dengan sistem anda, antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah :

  1. Kira dan letakkan Stop Loss yang sesuai – Jangan sesekali letakkan Stop Loss sesuka hati! Dan jangan juga letakkan Stop Loss mengikut emosi takut atau tamak.
  2. Bersedia untuk terima Loss – Sebelum masuk trade sangatlah penting untuk bersedia dari segi mental untuk menerima loss. Jika anda boleh terima loss yang bersesuaian, masuk trade. Jika sebaliknya, jauhi trade itu.
  3. Trade yang diambil mengambil masa – Biarkan harga bergerak, jangan melekat pada skrin untuk mengelakkan daripada anda mengubah Stop Loss atau masuk trade lain tanpa plan. Ini dipanggil ‘gatal tangan’.

Semasa Trade :

Semasa trade adalah waktu yang paling ramai orang gagal. Ramai yang menghadap skrin smartphone atau laptop untuk melihat open position. Situasi ini tidak bagus dan memudaratkan.

  1. Cek trade anda hanya sekali atau dua kali sahaja untuk menjadikannya rutin yang lebih baik. Jika harga sudah bergerak ke arap TP, maka alihkan SL untuk jadikannya Breakeven atau Trailing Stop.
  2. Elakkan daripada over-thinking, dan jangan sesekali ‘gatal tangan’.

Selepas Trade :

Perkara pertama untuk dilakukan selepas trade, tak kira profit atau loss, ambil masa bertenang. Lupakan pasaran buat seketika. Kemudian barulah ambil trading journal dan catat apa yang sudah berlaku, apa yang perlu ditambahbaik.

Jika profit, di mana kunci profit. Jika loss, di mana silapnya.

Jadilah trader yang sangat-sangat-sangat berdisiplin, jangan main hentam saja. Taknak berjudi kan?

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register