banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Jangan skip artikel ini jika mahu trade minggu ini!

Jangan skip artikel ini jika mahu trade minggu ini!

Minggu ini pelabur-pelabur akan memberi tumpuan penuh kepada laporan ekonomi Amerika Syarikat, untuk melihat adakah ekonomi terbesar dunia kuat dan mampu menahan kenaikan interest rate jika berlaku.

Selain daripada NFP jumaat ini, data ISM serta aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan juga akan dikeluarkan.

Hari khamis melihatkan tumpuan kepada Bank of England yang akan mengumumkan rate mereka.

Selain daripada itu, market player menantikan data sektor pembuatan negara ekonomi kedua terbesar dunia iaitu China.

Kami senaraikan 5 perkara untuk diperhatikan minggu ini :

  1. Laporan NFP Julai

Jabatan Buruh Amerika Syarikat akan mengeluarkan laporan nonfarm payrolls pada jumaat nanti pukul 8:30 malam.

Konsensus menjangkakan pertumbuhan pekerjaan adalah sebanyak 175K dan kadar pengangguran akan kekal pada 4.9% manakala purata pendapatan per jam dijangka meningkat kepada 0.2%.

Laporan pekerjaan yang baik akan menambah kebarangkalian kenaikan intrest rate September nanti manakala jika sebaliknya akan melihatkan ketidakpastian ke atas ekonomi.

  1. Keputusan rate Bank of England

Bank of England akan mengeluarkan keputusan rate, minit mesyuarat ahli jawatankuasa dasar kewangan dan laporan inflasi suku tahunan pada khamis nanti.

Kemudian Gabenor Mark Carney akan mengadakan sidang media selepas itu.

Kajian daripada Reuters yang disiarkan pada 26 Julai menjangkakan BoE akan melakukan pemotongan interest rate.

Namun ramai juga menyatakan BoE akan bertindak dengan program pembelian bon.

  1. PMI pembuatan China

Persekutuan Logistik dan Pembelian China akan mengeluarkan data aktiviti sektor pembuatan Julai esok pada pukul 9 pagi.

  1. Kajian PMI ISM Amerika Syarikat

Laporan aktiviti pembuatan Amerika Syarikat Julai juga akan dikeluarkan pada esok hari pukul 10 malam.

  1. Keputusan rate Reserve Bank of Australia

Keputusan interest rate oleh RBA akan dikeluarkan pada hari selasa.

 

Sila rujuk kepada kalendar yang diambil daripada Forex Factory di bawah dan catatkan pada kalendar trading anda.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register