Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Jangkaan Peningkatan Kadar Terus Memberi Tekanan Buat Emas!

Jangkaan Peningkatan Kadar Terus Memberi Tekanan Buat Emas!

Harga emas didagang melemah untuk permulaan minggu yang agak sibuk ini.

Harga emas bagi penghantaran Disember di Comex jatuh 0.16% kepada $1,253.55 sebanyak satu troy ounce.

Dalam dagangan awal, silver futures dan copper futures meningkat sebanyak 0.3% dan 0.29%.

Antara yang bakal menjadi tumpuan pada minggu ini ialah sidang akhbar mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah dengan pasaran menjangkakan lebih banyak langkah rangsangan tambahan bakal diambil. Selain itu, China juga akan mengeluarkan data KDNK bagi suku ketiga, data pengeluaran industri dan jualan runcit.

Pada penghujung minggu lepas, Janet Yellen memberi pendapat agar Fed memberi “tekanan yang lebih” kepada ekonomi untuk melihat kesan yang bakal dialami oleh ekonomi global. Hal ini penting bagi melihat kesan peningkatan kadar bagi jangka panjang apabila prospek peningkatan kadar dalam pasaran kekal mengukuh.

Minggu lepas juga menyaksikan bahawa logam kuning menyusut selepas pengukuhan matawang Greenback. Jangkaan peningkatan kadar sebelum akhir tahun ini terus memberi tekanan kepada logam berharga.

Fed akan bertemu sekali lagi pada bulan November. Pun begitu, peningkatan kadar dalam mesyuarat itu dianggap mustahil kerana Fed dikatakan akan menaikkan kadar selepas pilihanraya presiden AS selesai tidak lama lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register