Share This Post

Artikel Umum / Ekonomi dan Isu Semasa

Jepun Perkenal “Premium Friday” Untuk Memaksa Pekerjanya Berehat!

Jepun Perkenal “Premium Friday” Untuk Memaksa Pekerjanya Berehat!

Negara yang mencipta perkataan “karoshi” iaitu kematian kerana terlalu kuat bekerja kini mengambil inisiatif untuk memberikan pekerjanya peluang untuk berehat pada hari Jumaat terakhir setiap bulan.

Sumber : Bloomberg

Jepun, yang juga terkenal dengan negara yang mempunyai waktu kerja berlebihan kini dalam usaha membendung isu itu dengan memperkenalkan kempen “Premium Friday” bermula 24 Februari nanti.

Walaupun masih belum diketahui secara terperinci jumlah syarikat yang akan terlibat dengan kempen ini, Keidanren iaitu perniagaan terebesar di Jepun telah mengarahkan kesemua pekerjanya untuk turut serta dalam program ini.

Satu petunjuk yang telah dikeluarkan di Jepun menunjukkan agak sukar untuk melakukan perubahan terhadap amalan kerja tegar individu di Jepun. Hal ini dapat dibuktikan apabila Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) menolak idea ini dan belum dapat memastikan sama ada mereka akan terlibat atau tidak. Walau bagaimanapun, Menteri di Kementerian ini iaitu Hiroshige Seko berkata bahawa beliau telah menghalang setiausahanya daripada memasukkan apa-apa agenda selepas pukul 3 petang pada “Premium Friday” yang pertama.

Menurut Toshihiro Nagahama iaitu Ketua Ekonomi di Dai-ich Life Research Institue, jika kebanyakan pekerja termasuk yang berkerja di firma-firma kecil menggunakan “Premium Friday” mereka untuk berbelanja, penggunaan swasta boleh meningkat sebanyak kira-kira 124 billion yen ($1.6 Billion) pada setiap Jumaat yang berkaitan.

Penggunaan swasta pula boleh memberi rangsangan kira-kira 60 peratus kepada ekonomi.

Sumber : Bloomberg

Walau bagaimanapun, beliau bimbang jika kebanyakan pekerja di syarikat kecil terutamanya tidak menyertai kempen ini kerana ia akan mengehadkan kesan kempen.

Mengikut statistik, pekerja di Jepun secera puratanya hanya akan menggunakan separuh daripada cuti tahunan mereka setiap tahun. Jadi untuk mengatasi masalah ini, Jepun mengumumkan kira-kira 16 cuti umum setiap tahun melebihi negara lain seperti Amerika Syarikat dan Perancis agar kerajaan dapat menguatkuasakan masa tidak bekerja.

Emas Mula Meningkat dari Kejatuhan 2 Bulan Lepas

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal