728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental / Forex dan Komoditi

Jepun tidak senang duduk selepas Brexit

Jepun tidak senang duduk selepas Brexit

Sejak minggu lalu kami banyak bercerita mengenai matawang Pound dan Euro ekoran peristiwa referendum. Mengulas mengenai Japanese Yen pula, USD/JPY dilihat berada dalam keadaan consolidate  atau sideway dalam kadar 190 pips.

JPY dilihat terus mengukuh kerana peranannya sebagai safe haven semasa Brexit masih belum berakhir dan ini menimbulkan kerisauan kepada Jepun.

USDJPYIa adalah kerana ekonomi Jepun  bergantung kepada sektor eksport dan apabila Yen menguat, urusniaga eksport bakal berkurang kerana harga barangan yang mahal.

Ditambah pula dengan devaluation matawangan CNY yang menyebabkan persaingan antara Jepun dan China semakin ketara. Makin lemah CNY dan makin kuat JPY maka pelabur, pemilik bisnes dan pengguna akan membeli barangan daripada China melebihi Jepun.

Ini sekaligus memungkinkan masuk campur daripada Bank of Japan. Walaupun begitu, campur tangan daripada central banks jarang-jarang berlaku dan apa yang BoJ boleh lakukan untuk merendahkan matawangan mereka adalah dengan merendahkan interest rate ataupun pelonggaran QE yang akan digabungkan dengan pemotongan cukai dan lebihkan perbelanjaan.

Namun begitu, perkara itu dijangka tidak akan berlaku sehingga selepas Upper House Election pada 10 Julai nanti.

Dan dilihat para pelabur dalam keadaan tidak pasti terhadap matawang ini dan JPY akan berada dalam keadaan neutral.

Dijangkakan USD/JPY akan ke paras 104 mahupun 105 sehinggalah BoJ mengumumkan pelonggaran QE.

Perkembangan matawangan lain : 

  1. Euro
  2. US Dollar
  3. Japanese Yen
  4. Pound Sterling
  5. New Zealand, Australia & Canadian Dollar

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register