Jerman Antara yang Kurang Terkesan Dengan Peristiwa Bersejarah Brexit

0 2

Undian Britain bagi meninggalkan Kesatuan Eropah hanya meninggalkan kesan sederhana terhadap Jerman. Persepsi kebanyakan usahawan disana juga kekal positif menurut laporan bank pusat negara tersebut pada Isnin.

Disamping itu, Bundesbank menjangkakan ekonomi Jerman akan terus berkembang, disokong oleh eksport, pengeluaran perindustrian, pembinaan dan perbelanjaan pengguna.

Impak sederhana yang dapat dilihat terhadap ekonomi Jerman sekali gus menyokong laporan terbabit.

Dalam satu laporan minggu lalu, kadar dalam negara kasar (KDNK) Jerman meningkat 0.4% dalam tempoh 3 bulan bermula Jun.

Menurut jangkaan penganalisis, walaupun data ini lebih rendah berbanding suku pertama, ia masih meletakkan ekonomi Jerman di tahap lebih baik dari negara lain.

GBP/USD antara yang mencatat keuntungan dalam sesi dagangan semalam. Bagaimana dengan hari ini? 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa