banner-mutm-728x90

Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Jika Anda Berdebar Menanti FOMC, Anda Boleh ‘Geng’ Dengan Logam Kuning!

Jika Anda Berdebar Menanti FOMC, Anda Boleh ‘Geng’ Dengan Logam Kuning!

Harga emas meningkat pada hari Isnin sementara menunggu kajian semula kadar Fed pada minggu ini. Dalam minggu ini juga, Bank of Japan dijangka mengeluarkan keputusan terperinci daripada kajian semula dasar yang telah ditetapkan sebelum ini.

Emas bagi penghantaran Disember di Comex meningkat 0.28% kepada $1,313.85 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures meningkat 0.08% kepada $18.877 satu troy ounce.

Sementara itu, copper futures bagi Disember menjunam 0.14% sepound berikutan peningkatan data ekonomi China yang memperlihatkan pertumbuhan dalam jangka masa beberapa bulan akan datang daripada pengimport utama dunia itu.

telegram-moshed

Di Jepun, pasaran ditutup pada Isnin.

Minggu lepas, harga logam kuning ini merosot kepada dua minggu terendah sementara menanti keputusan mesyuarat Fed minggu ini.

US Dollar menguat pada hari yang sama berikutan data yang dikeluarkan pada Jumaat dilihat positif bagi menyokong prospek kenaikan kadar oleh Fed sebelum hujung tahun ini.

FOMC adalah event terpenting minggu ini. Anda sudah bersedia? 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register