728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Jika Anda Tiada 3 Perkara Ini, Mungkin Anda Akan Kecundang Awal Dalam Trading Terutama #3

Jika Anda Tiada 3 Perkara Ini, Mungkin Anda Akan Kecundang Awal Dalam Trading Terutama #3

Menjadi seorang trader bukanlah sekacang seperti yang diceritakan, apa yang diperlukan bukan setakat usaha dan kegigihan namun terdapat beberapa skil yang wajib ada untuk membantu ke arah kejayaan.

Kami di Tim Moshed.com menyenaraikan 8 skil wajib perlu ada dalam menelusuri jalan yang mencabar ini.

  1. Keyakinan

Keyakinan sering disalah erti hanya sebagai satu sikap. Sebenarnya keyakinan adalah salah satu skil yang wajib dikuasai.

Seorang trader perlu tahu bila perlunya keyakinan terhadap setup mereka, bukan hanya semberono yakin dan bantai!

Dan apabila adanya keyakinan yang terkawal, keadaan akan lebih tersusun dan sekaligus akan menjadi lebih baik dari masa ke semasa.

Dan antara yang paling penting adalah apabila position dalam keadaan loss, yakinlah yang itu bukan setup yang bagus dan cari kenapa loss.

Klik di sini untuk belajar Forex

  1. Pengurusan masa dan perancangan

Seorang trader berjaya akan menguasai untuk menguruskan masa dan merancang bila untuk trade.

Perancangan perlulah dibuat awal, terutama pada hujung minggu dan malam sebelum trade.

Mempunyai perspektif awal akan membolehkan mana-mana trade menjadi dan jika tidak menjadi sekalipun, kita akan cepat buat post-mortem di mana kesilapannya.

  1. Pengawalan emosi

Tamak dan takut akan sentiasa menjadi peneman seorang trader setiap hari. Jika tidak tamak, maka akan takut.

Mengawal kedua-dua emosi ini menjadi tunjang kejayaan seorang trader.

Apabila tengah loss, SL tidak akan ditarik sesuka hati. Apabila tengan profit, TP tidak akan ditarik sesuka hati juga.

Segalanya mengikut analisa dan ingat, ingat, ingat, trade apa yang nampak bukan apa yang dirasakan.

3 skil ini sangat penting bersama skil-skil lain untuk membawa anda jauh ke dalam industri trading ini.

Analisa teknikal mahupun fundamental tidak berguna jika anda tidak mempunyai skil yang betul, terutama skil mengawal diri anda.

Teruskan bersama kami dan anda akan belajar banyak lagi perkara.

Jangan kena tipu dengan broker seperti lelaki ini! Klik sini untuk baca

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register