banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Jika Ditukarkan Kepada Angka, ‘Hard Brexit’ Bernilai 66 Billion Pound!

Jika Ditukarkan Kepada Angka, ‘Hard Brexit’ Bernilai 66 Billion Pound!

Memetik laporan The Times, United Kingdom boleh kehilangan hampir 66 billion pound setahun disebabkan oleh ‘Hard Brexit’.

Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) UK akan jatuh sebanyak 9.5% jika Britain meninggalkan Kesatuan Eropah berbanding jika mengambil keputusan untuk terus berada dalam linkungannya.

Angka 66 billion pound tercatat pada draf oleh jawatankuasa kabinet yang dilaporkan oleh Times.

telegram-moshed

Sebelum ini, dalam satu laporan berkaitan, Firma Perundingan Oliver Wyman pada awal minggu berkata bahawa industri kewangan Britain boleh kehilangan sehingga 38 billion pound akibat ‘hard Brexit’.

Satu kajian suku tahunan ke atas 7,000 perniagaan oleh British Chambers of Commerce (BCC) pada hari Isnin menunjukkan bahawa pelaburan perniagaan dan pulangan keyakinan di UK telah mencecah angka terendah dalam tempoh selama 4 tahun.

Dalam masa yang sama, satu lagi kajian oleh Deloitte melaporkan bahawa ketua pegawai kewangan di firma-firma utama British memberitahu bahawa hanya separuh perniagaan kembali pulih selepas Brexit.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register