banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Jika Ini Berlaku Pada Russia, Bagaimanakah Nasib Malaysia Pula?

Jika Ini Berlaku Pada Russia, Bagaimanakah Nasib Malaysia Pula?

Menurut Higher School of Economics di Moscow, Russia akan kehabisan wang kecemasan mereka untuk menampung perbelanjaan sehingga 2018 selagi harga minyak mentah tidak meningkat.

Menurut penganalisa yang ditemuramah oleh The Times, Russia sedang menggunakan rizab Foreign Exchange (FX) pada kadar yang membimbangkan berikutan sektor terbesar ekonomi mereka- minyak mentah – sedang mengalami penurunan harga yang sangat teruk.

Minggu ini melihatkan menteri kewangan Russia memberitahu rizab untuk menampung perbelanjaan negara susut daripada £67 billion ke £23 billion.

telegram-moshed

Harga minyak mentah menjunam daripada $100 ke paras $46 setong pada Jun 2014 dan pernah bermain di paras $25 setong.

Sumber  : Bloomberg

Sumber : Bloomberg

Pun begitu, tahun ini melihatkan harga minyak mentah yang pulih kembali ke paras $46 namun masih terkapai-kapai untuk naik daripada paras harga $50.

Apa sebenarnya penyebab junaman harga minyak mentah ni?

Ia adalah kerana berlakunya over-supply dalam pasaran yang menyebabkan lebihan minyak mentah.

Russia dan Arab Saudi adalah dua pengeluar minyak mentah dunia dengan Arab Saudi merupakan ketua kepada OPEC manakala Russia di samping USA adalah dua negara terbesar pengeluar minyak bukan daripada OPEC.

Berlainan dasar minyak mentah sekaligus mengakibatkan huru hara dalam pasaran komoditi ini.

Mesyuarat OPEC april lalu membincangkan mengenai pembekuan pengeluaran namun Arab Saudi menolak inisiatif itu melainkan jika Iran turut serta membekukan pengeluaran minyak mentah dna akhirnya lebihan minyak mentah terus bertambah banyak!

Sekarang apa yang sedang dilakukan adalah Russia dan Arab Saudi mungkin akan membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menstabilkan semula harga minyak mentah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register