banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Jika Perkara Ini Pun Tidak Dapat Dibuat, Jangan Mimpi Nak Berjaya

Jika Perkara Ini Pun Tidak Dapat Dibuat, Jangan Mimpi Nak Berjaya

Joe Flizzow – Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal.

Menjadi seorang trader yang mempunyai kerja sepenuh masa dari pagi hingga petang, masa yang ada untuk lihat chart, rangka trading plan sangat terhad.

Menyusun aset yang paling berharga anda iaitu masa sangatlah penting dan jika susunan masa sudah ada, disiplin pula yang diperlukan.

Trader yang bekerja sepenuh masa sebenarnya boleh menyusun masa dengan betul untuk menjadi trader yang berjaya.

Masa yang diperuntukkan satu hari untuk trade adalah minimum dan boleh dilakukan.

Ia adalah seperti di bawah :

Malam Sebelum :Sesuatu trading tidak bermula pada pagi apabila pasaran dibuka namun pada waktu petang/malam sebelumnya, Jika mahu trade hari ini, semalam mestilah sudah mempunyai trading plan yang cantik.

Pagi Sebelum Kerja : Bangun pagi, sarapan bersama keluarga. Elakkan daripada membuka platform trading sebelum selesai semua ini.

Selesainya sarapan, mandi dan lain-lain, barulah buka platform trading, analisa apa yang berlaku dengan berita, pergerakan harga dan seiringkan dengan trading plan yang dibuat semalam, adakah harga bergerak ke harga yang dilihat sebagai setup.

Adakah setup yang dilihat memenuhi kriteria yang perlu? Adakah hari tersebut ada berita impak tinggi? Jika buka position, bagaimanakah cara menguruskannya?

Semasa Di Kerja : Sangatlah disarankan untuk tidak trade menggunakan telefon pintar semasa di kerja.

Menurut penganalisa luar negara, kebanyakan trader yang trade menggunakan telefon pintar boleh menjadi kesilapan asas pertama untuk gagal dalam trading.

Pendekatan set-and-forget dilihat lebih mempunyai kelebihan daripada mereka yang matanya melekat pada chart sepanjang hari.

Selepas Kerja : Pulang ke rumah pada jam 6 petang selepas punch out, elakkan daripada terus melihat chart. Luangkan masa sekejap dengan keluarga untuk makan malam dan berehat.

Dan apabila sudah bersedia untuk trade, ia bergantung kepada pilihan anda gaya trading yang anda pilih.

Jika anda seorang scalper, fokuskan 1-2 jam betul-betul untuk in-position­ dan jika anda seorang swing trader, waktu yang diambil mungkin hanya sebentar untuk melihat setup yang sesuai.

Jika jumpa setup yang menarik, catatkan.

Sebelum Tidur : Setelah selesai trade atau sediakan trading plan, update trading journal dan tulis apa yang berlaku dengan trade hari itu.

Tidak mempunyai trading journal antara kesilapan terbesar para trader.

Hujung Minggu : Hujung minggu menentukan adakah anda akan berjaya atau tidak dalam trading iaitu dengan melihat apakah yang dilakukan selama 2 hari tidak bekerja. Adakah menambah ilmu trading atau hanya berehat berhibur tanpa usaha.

Kesimpulan : Rancanglah trade sebelum memulakan trade. Semak chart sebelum in-position dan elakkan trade menggunakan telefon pintar.

Perkakas paling berharga adalah trading plan dan trading journal.

Nak berjaya perlukan 1001 usaha bukan 1 alasan.

Jika kekeringan motivasi, tonton filem yang disenaraikan di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register