728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Jika Tiada Persetujuan Daripada OPEC, Maka Kita Juga Akan Terkena Tempiasnya

Jika Tiada Persetujuan Daripada OPEC, Maka Kita Juga Akan Terkena Tempiasnya

Perjumpaan OPEC pada minggu hadapat di Algeria ditemani dengan pasaran minyak mentah yang memberi amaran sekiranya tidak ada perjanjian untuk membekukan pengeluaran minyak maka harga minyak mintah akan terus menjunam.

Lebihan minyak mentah dilihat terus berlarutan dan jumlah lebih tersebut semakin meningkat dengan drastik.

Lebih daripada 800,000 tong minyak mentah dikeluarkan setiap hari pada bulan ini ke pasaran global melihatkan Russia terus mengeluarkan minyak mentah tanpa henti dengan pengeluaran diteruskan oleh Libya dan Nigeria.

oilIni sekaligus menjadikan pengeluaran sehari adalah 3 kali ganda. Menurut Chris Bake, eksekutif senior di Vitol Group, “Lebihan pengeluaran minyak mentah terlalu tinggi dan dengan inventori yang sebegini banyak, kita pun tidak mampu untuk mengurangkannya dan yang menjadi masalah adalah minyak mentah dikeluarkan tanpa henti”.

Lebihan minyak mentah dijangka akan berlarutan sehingga 2017 melihatkan ahli OPEC seperti Arab Saudi, Iran dan Iraq juga tanpa henti mengeluarkan minyak mentah. Harga minyak mentah akan mengalami kesukaran untuk kekal di atas harga $40 setong melainkan jika OPEC bertindak.

Sementara pegawai OPEC telah mengadakan mesyuarat di Vienna, Paris sehinggalah ke Moscow, ramai menjangkakan tidak akan berlakunya perjanjian oleh mereka untuk membekukan pengeluaran minyak mentah pada 28 September ini.

Kestabilan harga minyak mentah menjadi lebih sukar dengan kembalinya eksport daripada Libya dan Nigeria.

Kata Ed Morse ketua kajian komoditi Citigroup, “Terlalu banyak minyah mentah di pasaran. Pembekuan pengeluaran minyak mentah mungkin tidak akan memberi kesan yang signifikan melihatkan jumlah lebihan minyak yang terlalu tinggi.”

Percubaan terakhir untuk membekukan pengeluaran minyak mentah adalah pada 17 April di Doha apabila Arab Saudi tidak mahu membekukan pengeluarannya jika Iran tidak turut serta membekukannya, jadi perjanjian itu gagal kerana Iran tidak mahu membekukannya.

David Hufton, CEO PVM Group memberitahu, “Jika pertemuan di Algeria tiada kata persetujuan, harga minyak mentah akan ke paras $30-$40 setong”.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register