Kadar Faedah Jangka Panjang Yang Rendah Adalah Isyarat Meragukan – Fed Kaplan

0 2

Pada Selasa, Presiden Federal Reserve cawangan Dallas, Robert Kaplan mengatakan beliau akan terus meneliti kemajuan ekonomi US dan akan memerlukan lebih banyak isyarat yang menunjukkan inflasi sedang meningkat. Namun, kadar faedah jangka panjang masih rendah walaupun kadar faedah jangka pendek (Federal Fund Rate) telah dinaikkan.

Fed telah meningkatkan kadar faedah sebanyak dua kali pada tahun ini dan dijangka akan meningkatkan lagi kadar faedah pada bulan Disember. Walaupun matlamat kadar faedah jangka pendek telah meningkat namun hasil-bon 10 tahun menunjukkan kemerosotan yang sepatutnya meningkat. Perkembangan ini menunjukkan sedikit tanda-tanda yang kurang baik.

“Kalau boleh, saya harap kita tidak menaikkan kadar faedah dengan cepat supaya keluk hasil bon tidak bergerak songsang (inverted yeild curve) kerana sejarah telah menunjukkan bahawa keluk hasil bon songsang merupakan indikasi bahawa ekonomi dalam keadaan kemorosotan.” Kata Kaplan.

Kaplan merupakan salah seorang ahli yang mengundi dasar monetari Fed tahun ini berkata beliau bimbang dengan isu global dan teknologi yang menyebabkan inflasi dalam keadaan lemah, walaupun pengangguran telah berkurang sehingga 4.2 peratus pada bulan September. Selain itu, pertumbuhan dalam pekerjaan tetap turut memberi sokongan untuk menolak inflasi lebih tinggi.

Kaplan juga memberi komen tentang Kevin Warsh yang merupakan bekas gabenor Fed, bagi beliau perbezaan pendapat dalam kalangan ahli Fed sesuatu yang bagus.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa