banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Khas buat Trader GBP, bulan ini bulan yang sibuk buat anda!

Khas buat Trader GBP, bulan ini bulan yang sibuk buat anda!

Adakah United Kingdom akan keluar daripada European Union atau akan kekal dalam EU? Jika anda salah seorang trader GBP, bulan ini merupakan bulan yang agak kritikal untuk trading plan anda.

Kenapa?

Pada 23 Jun, akan diadakan hari pengundian untuk rakyat United Kingdom sama ada mahu kekal dalam EU atau keluar daripada EU dan kesan daripada keputusan undian sangat penting. Jika UK keluar, maka GBP akan melemah dan sebaliknya.

telegram-moshed

Sebelum ini, diadakan undian online 2 kali dan hasilnya adalah jumlah peratus mereka yang ‘UK Kekal’ dan ‘UK Keluar sama banyak dan jumlah yang tidak dapat membuat keputusan melebihi 10%.

Sebelum  23 Jun, David Cameron (Perdana Menteri UK) akan mengadakan Q&A di Parlimen, di kaca TV dan akan diadakan juga sesi debat mengenai Brexit ini.

Di bawah kami senaraikan tarikh dan aktiviti yang berkaitan dengan Brexit pada bulan ini

Rabu, 2 Jun

– Temubual secara langsung bersama David Cameron akan diadakan oleh Sky News mengenai isu Brexit dan isu-isu penting di UK.

Khamis, 3 Jun

  • Pengundi dari Utara Ireland yang mahu mengundi akan menghantar permohonan mengundi melalui pos.
  • Michael Gove daripada Parti Konservatif dan penyokong “UK Keluar” akan ditemubual secara langsung oleh Sky News. Menurut Gove, jika UK keluar daripada EU, rakyat UK akan mengambil alih ekonomi UK 100% dan akan menambahbaik ekonomi negara.

Selasa, 7 Jun

  • Perdana Menteri UK, David Cameron dan Presiden UK Independence Party, Nigel Farage akan diberikan sesi Q&A selama 30 minit di ITV.
  • Tarikh akhir pendaftaran undi.

Rabu, 8 Jun

  • David Cameron akan menjawab semua soalan di Parlimen. David Cameron, penyokong “UK Kekal” sentiasa mengingatkan kestabilan ekonomi menjadi subjek yang penting untuk kekal dalam EU.
  • Tarikh akhir pendaftaran undi pos.

Khamis, 9 Jun

  • ITV akan menjadi hos sesi debat antara 3 wakil penyokong “UK Keluar” dengan 3 wakil penyokong “UK Kekal”.

Rabu, 15 Jun

  • David Cameron sekali lagi akan menjawab soalan-soalan Ahli Parlimen.
  • David Dimbleby, wartawan British akan mengadakan Question Time edit istimewa sempena issue Brexit.

Khamis, 16 Jun

  • Bank of England akan mengumumkan interest rate, hanya beberapa hari sebelum tarikh pengundian.

Ahad, 19 Jun

  • Satu lagi sesi temubual secara langsung bersama David Cameron akan diadakan oleh BBC.

Selasa, 21 Jun

  • BBC akan mengadakan debat secara langsung di Wembley Arena.

Khamis, 23 Jun

  • Hari mengundi Brexit. Kelayakan mengundi adalah rakyat UK dan Ireland Utara yang berumur lebih 18 tahun dan merupakan penghuni tetap.

Tarikh-tarikh yang disenaraikan merupakan tarikh yang menjadi tumpuan dunia terutama pada 23 Jun, iaitu tarikh mengundi Brexit.

Seperti semalam, apabila sesi Asia dibuka, GBP/USD gap ke bawah sebanyak 40 pips dan meneruskan junaman, namun apabila Yellen berucap, GBP/USD naik semula. Nampak kan volatility tu?

GBP akan terus volatile sehinggalah hari pengundian Brexit nanti.

Semasa debat atau sesi temubual dijalankan, pasti ada sedikit sebanyak kesan kepada market. GBP menjadi tumpuan dan pastikan anda sentiasa update dengan isu ini.

Elakkan dibaham market, jaga MM anda. Jika tidak yakin dengan trading plan anda, elakkan daripada trade GBP dan EUR sehinggalah keputusan undian dikeluarkan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register