banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Kami Bongkarkan 3 Rahsia Disebalik Pengasas Jenama ‘Forever 21’ Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang!

Kami Bongkarkan 3 Rahsia Disebalik Pengasas Jenama ‘Forever 21’ Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang!

Sebut sahaja Forever 21, pasti yang berlegar di fikiran kita ialah syarikat fesyen yang paling berkembang di dunia.

Bisnes ini melebarkan sayapnya dengan membuka 470 buah outlet di seluruh dunia dan pemiliknya berhasrat untuk terus menambah outlet mereka pada tahun-tahun yang akan datang.

Bagi pasangan suami isteri yang berasal dari Selatan Korea, Jin Sook dan Do Won Chang ini, mereka membuktikan bahawa impian untuk memasuki pasaran Amerika tidak mustahil sama sekali!

Kini, kami bongkarkan 3 rahsia kejayaan pengasas Forever 21 ini :

  1. Mula bertindak!

Do Won Chang dibesarkan dalam keluarga miskin di Seoul. Ketika berumur 21, Do Won Chang dan isterinya bercadang untuk berpindah ke Amerika Syarikat bagi mencari peluang pekerjaan.

Berbekalkan segulung diploma, pasangan itu terpaksa melakukan 3 kerja sehari bagi menyara kehidupan di negara metropolitan itu.

Berilah pekerjaan apa sahaja, mencuci pinggan, tukang cuci, ataupun bekerja sambilan di stesen minyak, segalanya pernah dibuat pasangan ini. Mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah mengambil keputusan untuk terjun ke dalam bidang fesyen dan membuka Forever 21.

  1. Kejayaan bukan datang sekelip mata

Memetik kata-kata Do Won Chang, kita tidak boleh sesuka hati masuk ke dalam bidang perniagaan dan menganggap kejayaan akan datang kepada kita. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Dalam erti kata yang mudah, kejayaan memerlukan kesabaran.

  1. Maju kehadapan berbanding pesaing anda yang lain!

Pasangan suami isteri ini tidak menjadikan keterbatasan latar belakang akademik yang mereka peroleh sebagai batu penghalang untuk mendekati pesaing mereka yang lain.

Sebagai contoh, mereka mendapati kebanyakan butik-butik yang menjadi saingan menjual produk mereka dengan lebih mahal. Jadi, mereka menghasilkan baju-baju yang berkualiti, namun dijual dengan harga yang lebih mampu milik.

Mereka ini contoh terbaik bagi menunjukkan kejayaan boleh diperoleh di mana-mana kita berada.

Mulakan perancangan, usaha dan percaya pada diri sendiri.

Kami percaya anda mampu jadi yang terbaik!

CEO Tertua Ini Meraih Hampir $2 Sehari!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register