728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Kami senaraikan event penting minggu ini khas untuk anda

Kami senaraikan event penting minggu ini khas untuk anda

Minggu ini semestinya pelabur-pelabur akan memberi tumpuan penuh kepada pengumuman dasar kewangan oleh Federal Reserve yang berkaitan dengan interest rate.

Di Jepun pula, dasar kewangan Bank of Japan akan diumumkan pada hari jumaat. BoJ dijangka akan mengumumkan rangsangan ekonomi mereka.

Pasaran juga akan melihat data GDP suku kedua tahun ini daripada US, UK dan Eropah untuk mendapatkan petunjuk kepada keadaan ekonomi setelah keputusan Brexit yang mengejutkan pada bulan lepas.

Di bawah kami senaraikan secara terperinci event yang menjadi tumpuan pada minggu ini.

  1. Keputusan interest rate Federal Reserve

Federal Reserve dijangka tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap interest rate iaitu akan mengekalkannya kerana penggubal dasar masih lagi menantikan kemelut UK-EU diselesaikan.

Kenyataan FOMC ini akan dikeluarkan pada hari khamis pukul 2 pagi waktu Malaysia.

Pun begitu Federal Reserve dikatakan akan menaikkan interest rate sebelum 2017.

  1. Pengumuman dasar kewangan Bank of Japan

Pengumuman dasar kewangan BoJ adalah pada jumaat nanti dan sidang media oleh Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda akan diadakan pada hari yang sama.

Terdapat spekulasi menyatakan bahawa BoJ akan memotong interest rate mereka sehingga negatif dan akan mengaktifkan program perangsang dasar kewangan dalam usaha membantu ekonomi tempatan daripada deflasi dan kesan negatif Brexit.

Kajian Reuters yang terbaru menunjukkan 85% daripada penganalisa menjangkakan BoJ akan melonggarkan dasar kewangan mereka pada 29 Julai ini dan rancangan Abe untuk menyuntik ¥20 trilion untuk menyokong ekonomi Jepun.

  1. Data awal petumbuhan ekonomi suku kedua tahunan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat akan mengeluarkan maklumat awal mengenai pertumbukan ekonomi suku kedua tahun ini jumaat nanti pada pukul 8:30 malam.

Data yang dikeluarkan sebelum ini iaitu data perumahan Jun, data jualan runcit, data pembuatan ISM dan pekerjaan adalah sangat baik dan ini akan menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih laju semasa suku kedua tahun ini.

  1. Data awal pertumbuhan ekonomi suku kedua tahunan United Kingdom

Pejabat Statistik Kebangsaan akan mengeluarkan maklumat awal mengenai pertumbuhan ekonomi suku kedua UK tahun ini pada rabu nanti pukul 4:30 petang.

Data yang dikeluarkan dijangkan kurang baik iaitu pertumbuhan ekonomi UK agak perlahan diakibatkan oleh Brexit.

  1. GDP Eurozone suku tahun kedua

Eurozone akan mengeluarkan laporan pertumbuhan ekonomi suku kedua tahun ini pada hari jumaat pukul 5:00 petang.

Di bawah adalah kalendar penuh daripada Forex Factory :

Screen Shot 2016-07-24 at 6.43.21 PM

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register