Kanada Benarkan Rakyatnya Tanam Pokok Ganja di Rumah

0 661

Pada pukul 12.01 pagi Rabu waktu Kanada, orang dewasa buat pertama kalinya dibenarkan untuk membawa 30 gram ganja di tempat awam sepertimana yang telah diluluskan oleh Senat Kanada pada bulan Jun yang lepas.

Mereka akan dibenarkan untuk menanam sehingga empat pokok ganja di rumah dan dibenarkan menghasilkan produk untuk kegunaan sendiri.

Kerajaan Kanada menetapkan umur minimum 18 tahun untuk menggunakan, mengeluarkan, dan menjual produk daripada ganja.

“Ayah saya akan menjadi pelanggan pertama dan pelanggan kedua adalah seorang perempuan yang mempunyai beberapa masalah sclerosis,” demikian kata Thomas Clarke yang memiliki lesen pengedaran cannabis.

Kanada adalah negara kedua di dunia yang membenarkan marijuana. Sebelum ini Uruguay adalah negara pertama yang menghalalkan ganja pada Disember 2013.

Walaubagaimanapun, beberapa golongan professional dalam industri kesihatan melahirkan kebimbangan terhadap kesan undang-undang baru itu. Untuk pengetahuan anda, pembelian ganja masih akan dikawal ketat.

Ganja tidak akan dijual di kedai-kedai biasa. Pengguna akan membeli produk tersebut pada peruncit yang berdaftar yang dilesenkan. Kerajaan Kanada juga telah membuat perubahan kepada undang-undang pemanduan sebagai langkah berjaga-jaga kepada pemanduan di bawah pengaruh ganja.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa